Pengikut - Terima kasih sahabat......

FAST RESPON

SMS @ Whastapp untuk respon segera
ruza 013-3951176
man 016-3618144

Jumaat, 12 Julai 2013

Apa itu Kolestrol


Kolesterol ialah satu bahan yang lekit, seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah anda dan disetiap sel dalam badan anda. la penting untuk kesihatan anda kerana ianya diperlukan oleh badan anda untuk membuat tisu dan hormon yang tertentu. Bagaimanapun, sekiranya paras kolesterol dalam darah anda terlalu tinggi kemungkinan anda menghadapi risiko dan penyakit jantung.
 
Adakah kolesterol mempunyai bermacam-macam jenis?
Ya, ada beberapa Jenis kolesterol tetapi yang p'aling biasa dikenali ialah:

1. Low-density lipoprotein atau kolesterol LDL (Lipoprotein berketumpatan rendah atau kolesterol LKR)
Kolesterol LDL yang berlebihan akan ! menambahkan kolesterol dalam arteri anda dan kemungkinan menyebabkan penyakit jantung. Lebih tinggi paras LDL, lebih tinggi risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Itulah sebabnya kolesterol LDL sering kali dipanggil "kolesterol Jahat".

2. High-density lipoprotein atau kolesterol HDL (Lipoprotein berketumpatan tinggi atau kolesterol LKT)
Kolesterol HDL juga dipanggil sebagai "kolesterol baik" kerana ia dipercayai menghapuskan kolesterol yang berlebihan daripada darah. Paras HDL yang tinggi seolah-olah melindungi daripada penyakit Jantung dan mengurangkan risiko penyakitJantung.

3. Trigliserida
Trigliserida ialah satu lagi jenis lemak di dalam aliran darah. Seseorang yang mempunyai paras trigliserida dalam darah yang tinggi berkemungkinan juga mempunyai aras LDL yang tinggi atau paras HDL yang sangat rendah.


semoga anda lebih kaya & sihat
ruza 013-3951176/man 016-3618144

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis