Pengikut - Terima kasih sahabat......

FAST RESPON

SMS @ Whastapp untuk respon segera
ruza 013-3951176
man 016-3618144

Khamis, 14 Oktober 2010

Peraturan2 Diet Yang Boleh Digunapakai Semasa Amalkan SDII

Sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea �karbohidrat rendah dalam pemakanan� semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan.
Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti �low-fat diet� atau diet rendah lemak. Melalui �low-fat� diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai �low carbohydrate diet� dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda.


4 peringkatnya ialah:1. Induction (permulaan dan pengenalan) � 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance


INDUCTION:

ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Bagaimana nak lakukan Induction?

Pada peringkat Induction, anda dihadkan mengambil hanya 20 gram makanan berkarbohidrat SEHARI. Ini akan berlangsung selama 2 minggu di mana anda hanya boleh makan:

1. makanan berprotein tinggi seperti ayam, telur, daging (lembu, kambing, rusa), ikan dan makanan laut (udang, ketam) yang lain. Elak memakan tiram (oyster), kerang dan sotong kerana berkarbohidrat tinggi).

2. Sayuran hijau seperti sawi, kailan, timun, salad, asalkan berwarna hijau (terhad kepada 2 atau 3 cawan sehari).

3. Sayuran seperti tomato, labu, terung, kacang panjang, dihadkan kepada 1 cawan sehari kerana ia mengandungi banyak karbohidrat (melalui gula sayuran).

4. Mentega (butter bukan margerine sebab margerine ada trans-fat yang bahaya untuk kesihatan).

5. Keju (Cheddar, Mozzarella, Swiss, Gouda, Goat) tapi tak lebih dari 3 gram. Jenis lai tak boleh.

6. Salad dressing seperti Mayonnaise (yang biasa, bukan low-fat sebab selalu yang tulis low-fat bukan bererti low-carbohydrate).

7. Olive oil, canola oil, dan kebanyakkan minyak masak boleh dimakan. Tapi pastikan minyak tidak dihydrogenated atau semi-hydrogenated, sebab ia mengandungi trans-fat yang boleh menyebabkan sakit stroke dan sakit jantung.

8. Air � sebaiknya air biasa sahaja, sama ada air sejuk, suam, mineral. Jus buah-buahan tidak dibenarkan pada peringkat Induction kerana ia mengandungi tahap gula buah-buahan yang tinggi. Susu dan yoghurt juga tidak dibenarkan pada peringkat ini sebab kandungan karbohidratnya tinggi.



Lakukan Induction sekurang-kurangnya selama 2 minggu dan melalui �puasa sekejap� ni, anda akan dapat melihat perubahan pada berat badan, bentuk badan dan kecergasan fizikal.


Makanan Yang �Diharamkan� Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.

2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.

3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).

4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.

5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.

7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.

8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.

9. Mihun, mi biasa, pasta, spagetti, macaroni.

10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.

11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).

12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan�


Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa.
Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahanapi terlebih dahulu sebelum lemak.
Jika anda menghadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan �habis� dalam masa 48 jam (2 hari).
Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak. Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya.
Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa.
 Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan keatas dengan selamat.

Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda. Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.


Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses dikilang selalu ditambah gula dan berkabohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam list makanan yang diharamkan diatas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

SELAMAT MENCUBA & BERJAYA....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis