Pengikut - Terima kasih sahabat......

FAST RESPON

SMS @ Whastapp untuk respon segera
ruza 013-3951176
man 016-3618144

Khamis, 14 Oktober 2010

SDII & Ibu Menyusukan

Soalan yang selalu saya ditanya oleh ibu yang menyusukan anak adalah seperti berikut:
Saya menyusukan bayi dan pada masa yang sama saya juga ingin menurunkan berat badan. Adakah diet yang rendah karbohidrat seperti SD2 selamat untuk ibu yang menyusukan ?




Kebanyakan ibu yang sudah melahirkan anak merasa terlalu teruja untuk menguruskan berat badan secepat mungkin selepas bersalin. Kita harus ingat bahawa berat masa mengandung bukanlah naik secara mendadak dan oleh itu penurunan beratnya juga haruslah dengan kaedah yang beransur-ansur. Selalunya pilihan pertama sekali yang saya berikan adalah dengan menganjurkan supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan. Memang semasa menyusukan anak kita akan membakar kalori yang lebih dari biasa. Badan kita akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makanan yang seimbang serta senaman yang sederhana. Banyak ibu-ibu yang menjaga pemakanan yang betul semasa menyusukan telah berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur tanpa mengambil apa-apa program diet. Inilah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk menurunkan berat badan.



Sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet, adalah satu langkah yang bijak jika anda menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Sekurang-kurangnya badan anda sudah pulih dari kesan melahirkan anak dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi anda. Anda juga haruslah mendapat nasihat doktor untuk memastikan anda sudah memang cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet sekalipun. Tiga perkara yang paling penting untuk anda pastikan semasa menyusukan bayi anda adalah meminum banyak air, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.



Ibu yang tidak cukup makanan yang seimbang mungkin akan mengalami risiko kekurangan zat makanan dan juga akan membahayakan kesihatan anda dan juga kesihatan bayi tersebut. Ini akan mengurangkan zat simpanan yang penting didalam badan serta mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan juga jumlah susu bayi juga mungkin akan berkurangan. Apabila keadaan ini terjadi, maka janganlah teruskan program diet anda dan berhentilah serta merta.



Sekiranya anda sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih untuk mengambil SD2 sebagai program diet anda, maka anda perlu mengubah suai program pemakanan rendah karbohidrat seperti pada fasa pengekalan berat badan atau maintenance level; yang mana anda boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari fasa penurunan biasa iaitu lebihkurang 100g karbohidrat sehari.



Selain dari itu anda juga pastikan perkara-perkara berikut:-



Jangan berlapar dan minum air yang cukup. Ada juga tidak boleh berlapar semasa menyusukan bayi. Ini akan menyebabkan anda merasa lemah dan letih. Apabila anda didalam keadaan seperti ini, maka anda akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan keadaan ini juga akan menyebabkan kekurangan susu anda dan menyekat rangsangan pengeluaran susu.



Kadar penurunan berat yang lebih sederhana. Kadar penurunan yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu ada beberapa analisa yang menunjukkan penurunan berat badan yang pantas (iaitu lebih 0.45 kg dalam seminggu) perlu diperhatikan. Racun, dari keadaan persekitaran seperti PCBs dan racun serangga boleh tersimpan didalam lemak badan. Apabila ibu yang menyusukan turun berat badan dengan cepat, racun ini mungkin akan terlepas didalam salur darah dan kandungan racun didalam susu akan meningkat. Penurunan berat badan yang cepat juga ada dikaitkan dengan kekurangan bekalan susu badan. Sekiranya anda tidak cukup minum air maka ketone yang terdiri dari 3 jenis kumuhan badan iaitu acetone, acetoacetate dan beta-hydroxybutyrate juga mungkin terkumpul didalam saluran darah anda. Namun begitu, masih tidak dapat dibuktikan bahawa ketone yang berlebihan didalam salur darah dan air kencing anda, juga terdapat pada susu ibu dan berapakah kadar yang akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu.



Sekiranya berat anda turun terlalu cepat apabila memakan SD2, maka olah jenis makanan anda supaya menambah makan buah-buahan serta sayuran berkanji yang akan memperlahankan kembali penurunan berat anda.



Suatu lagi perkara yang selalu ditimbulkan adalah apabila anda mengambil diet SD2, anda akan memakan kadar protien yang terlalu tinggi dan ini adalah membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu. Sebaliknya perkara ini adalah cukup baik untuk penyusuan bayi. Ibu yang menyusukan akan mengeluarkan lebihkurang 6 ke 11 gram protien didalam susunya setiap hari. Bayi yang sedang membesar memang memerlukan protien yang cukup yaitu bahan asas pertumbuhan badan. Protien, bukan seperti zat makanan yang lain, tidak boleh disimpan didalam badan ibu. Jabatan Agriculture, USA menyarankan ibu yang menyusukan memakan sekurang-kurangnya 65 grams protien setiap hari. Ini sebabnya kita lihat kebanyakan ibu yang menyusukan apabila mengambil SD2 akan mengeluarkan susu yang lebih dari biasa untuk bayi mereka.



Sebenarnya, tidak semua jenis diet sesuai untuk semua orang untuk setiap masa. Tambah-tambah lagi untuk ibu yang menyusukan. Jika anda faham betul-betul cara diet SD2, maka anda perlu mengubah suai program diet anda seperti fasa “maintenance” dengan memakan lebih karbohidrat seperti buah-buahan dan sayuran berkanji, minum lebih banyak air, jangan sekali-kali berlapar dan kawal penurunan berat badan anda supaya lebih perlahan. Yang paling penting bayi anda tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara diatas yang menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda maka berhentilah berdiet buat sementara dan perlu diolah kembali cara diet anda supaya lebih sesuai.

Peraturan2 Diet Yang Boleh Digunapakai Semasa Amalkan SDII

Sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea �karbohidrat rendah dalam pemakanan� semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan.
Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti �low-fat diet� atau diet rendah lemak. Melalui �low-fat� diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai �low carbohydrate diet� dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda.


4 peringkatnya ialah:1. Induction (permulaan dan pengenalan) � 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance


INDUCTION:

ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Bagaimana nak lakukan Induction?

Pada peringkat Induction, anda dihadkan mengambil hanya 20 gram makanan berkarbohidrat SEHARI. Ini akan berlangsung selama 2 minggu di mana anda hanya boleh makan:

1. makanan berprotein tinggi seperti ayam, telur, daging (lembu, kambing, rusa), ikan dan makanan laut (udang, ketam) yang lain. Elak memakan tiram (oyster), kerang dan sotong kerana berkarbohidrat tinggi).

2. Sayuran hijau seperti sawi, kailan, timun, salad, asalkan berwarna hijau (terhad kepada 2 atau 3 cawan sehari).

3. Sayuran seperti tomato, labu, terung, kacang panjang, dihadkan kepada 1 cawan sehari kerana ia mengandungi banyak karbohidrat (melalui gula sayuran).

4. Mentega (butter bukan margerine sebab margerine ada trans-fat yang bahaya untuk kesihatan).

5. Keju (Cheddar, Mozzarella, Swiss, Gouda, Goat) tapi tak lebih dari 3 gram. Jenis lai tak boleh.

6. Salad dressing seperti Mayonnaise (yang biasa, bukan low-fat sebab selalu yang tulis low-fat bukan bererti low-carbohydrate).

7. Olive oil, canola oil, dan kebanyakkan minyak masak boleh dimakan. Tapi pastikan minyak tidak dihydrogenated atau semi-hydrogenated, sebab ia mengandungi trans-fat yang boleh menyebabkan sakit stroke dan sakit jantung.

8. Air � sebaiknya air biasa sahaja, sama ada air sejuk, suam, mineral. Jus buah-buahan tidak dibenarkan pada peringkat Induction kerana ia mengandungi tahap gula buah-buahan yang tinggi. Susu dan yoghurt juga tidak dibenarkan pada peringkat ini sebab kandungan karbohidratnya tinggi.



Lakukan Induction sekurang-kurangnya selama 2 minggu dan melalui �puasa sekejap� ni, anda akan dapat melihat perubahan pada berat badan, bentuk badan dan kecergasan fizikal.


Makanan Yang �Diharamkan� Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.

2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.

3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).

4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.

5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.

7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.

8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.

9. Mihun, mi biasa, pasta, spagetti, macaroni.

10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.

11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).

12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan�


Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa.
Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahanapi terlebih dahulu sebelum lemak.
Jika anda menghadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan �habis� dalam masa 48 jam (2 hari).
Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak. Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya.
Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa.
 Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan keatas dengan selamat.

Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda. Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.


Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses dikilang selalu ditambah gula dan berkabohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam list makanan yang diharamkan diatas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

SELAMAT MENCUBA & BERJAYA....

Isnin, 4 Oktober 2010

Pelan Perniagaan

INGIN TAHU TENTANG PELUANG PERNIAGAAN?


SUPERVISOR





(Gaji Bulanan Dijangka RM240-RM1000)

~ Apa yang anda pelu lakukan ialah berdaftar sebagai Pengedar dengan hanya membuat belian 30 tin,SEKALI SEUMUR HIDUP!

~ Belian 30 tin hendaklah dilakukan dalam masa sebulan oleh anda sendiri


ATAU

~Anda membuat belian 15 tin, manakala selebihnya anda daftarkan ahli biasa atau pengedar lain di bawah anda di mana jumlah keseluruhan belian anda dan network anda mestilah lebih 30tin, juga dalam masa sebulan.

ATAU

~ Anda perlu membuat belian 60 in, tetapi tanpa had masa. Contohnya anda membuat belian 5 tin setiap bulan, jadi selepas setahun ( 12bulan x 5tin) anda layak untuk menjadi pengedar di tahap Supervisor.

APA KELEBIHAN MENJADI SUPERVISOR?
# Lesen untukWANG ROYALTI.Mudah bukan?
# RM30 untung runcit setiap tin = 30tin x RM30 =RM900
# Bonus Automatik Supervisor cek bernilai~RM300
# RebetRM25 untuk pembelian tin ke 31 dan seterusnya.Ini bermakna andamemperolehikeuntungan RM55untuk setiap tin yang dijual. (RM25 rebet + RM30 untung runcit)
#Bonus RM500 dengan mendaftarkan Pengedar/Supervisor baru

#Bonus RM150 bagi setiap Pengedar/Supervisor yang berdaftar di bawah pengedar anda (indirect)

#Royalti untuk Bonus Perniagaan Baru antara 2% hingga 4%
# Bonus RM25 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru yang membeli 3tin = RM25x 3 tin = RM75
# Bonus RM21 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru yang membeli 4 tin atau 5 tin
# Bonus RM17 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru yang membeli 6 tin atau 7 tin
# Bonus RM13 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru yang membeli 8 tin atau 9 tin
# Bonus RM9 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru yang membeli 10 tin -29 tin
# Anda mendapat Bonus Rangkaian sebanyak 4 peringkat(level) 5% 5% 3% 3%= 16%


MANAGER



(Gaji Bulanan Dijangka RM1000-RM4000)


Daftarkan 2 orang Supervisor dalam masa 60 hari dan anda berada di peringkat Manager di mana potensi pendapatan anda adalah dari RM1000 hingga RM4000.
Setiap Supervisor yang anda daftarkan, anda akan menerima bonus RM500.Di sinilah semua Pengedar Alpha Lipid berjaya menemui Mesin Cetak Duit! Dan anda pastikan setiap Supervisor di bawah anda turut berada di pangkat Manager dalam masa yang terdekat selepas berdaftar sebagai Pengedar/Supervisor.
Ramai pengedar Alpha Lipid berjaya meraih pendapatan bulanan lebih RM5000 hanya dalam masa 1-3 bulan dengan menggunakan kelebihan Mesin Cetak Duit Ini.
# RM30 untung runcit setiap tin = 30tin x RM30 = RM900

# Setiap tin yang anda beli akan mendapat rebet RM25

# Bonus RM500 dengan mendaftarkan Pengedar baru (30 tin)

# Bonus RM150 bagi setiap pengedar yang berdaftar di bawah pengedar anda (indirect)

#Royalti untuk Bonus Perniagaan Baru antara 2% hingga 4%

# Anda mendapat Bonus Rangkaian sebanyak 4 peringkat(level) 5% 5% 5% 5%= 20%




RUBY




(Gaji Bulanan >RM8000)
#1% jualan syarikat adalah milik anda setiap bulan! Ianya akan dikumpulkan dan anda akan menerimanya di Majlis Royalti.

# Anda mendapat tabung pelancongan bernilai ~RM1000 sebulan dan layak melancong secara percuma ke destinasi pilihan syarikat sebanyak 2 kali setahun.
# Anda perlu mempunyai HANYA 3 orang Manager di bawah network anda dengan jumlah belian kumpulan sebanyak 600tin.

# RM30 untung runcit setiap tin = 30tin x RM30 = RM900

# Rebet 25% KEKAL . Setiap tin anda akan mendapat rebet RM25
# Bonus RM500 dengan mendaftarkan Pengedar baru (30 tin)

# Bonus RM150 bagi setiap pengedar yang berdaftar di bawah pengedar anda (indirect)

#Royalti untuk Bonus Perniagaan Baru antara 2% hingga 4%

# Anda mendapat Bonus Rangkaian sebanyak 5 peringkat(level) 5% 5% 5% 5%2%= 22%

#Bonus Rangkaian Infiniti 2%



EMERALD



(Gaji Bulanan >RM 10 000)
#2% keuntungan syarikat adalah milik anda setiap 4 bulan!

# Anda mendapat tabung pelancongan bernilai ~RM1000 sebulan dan layak melancong secara percuma ke destinasi pilihan syarikat sebanyak 2 kali setahun.
# Anda perlu mempunyai HANYA 5 orang Manager di bawah network anda dengan jumlah belian network sebanyak 600tin.

# RM30 untung runcit setiap tin = 30tin x RM30 = RM900

# Rebet 25% KEKAL . Setiap tin anda akan mendapat rebet RM25

# Bonus RM500 dengan mendaftarkan Pengedar baru (30 tin)

# Bonus RM150 bagi setiap pengedar yang berdaftar di bawah pengedar anda (indirect)

#Royalti untuk Bonus Perniagaan Baru antara 2% hingga 4%
# Anda mendapat Bonus Rangkaian sebanyak 6 peringkat(level) 5% 5% 5% 5%2%2%= 24%

#Bonus Rangkaian Infiniti 3%




DIAMOND



(Gaji Bulanan $$$$$$$$$)
#3% keuntungan syarikat adalah milik anda setiap 4 bulan!

# Anda mendapat tabung pelancongan bernilai ~RM1000 sebulan dan layak melancong secara percuma ke destinasi pilihan syarikat sebanyak 2 kali setahun.
# Anda perlu mempunyai HANYA 8 orang Manager di bawah network anda dengan jumlah belian network sebanyak 600tin.
#Gaji bulanan tebanyak sebagai pengedar di tahap Diamond setakat ini adalah RM 2**,***! ( Ratusan ribu sebulan)
# RM30 untung runcit setiap tin = 30tin x RM30 = RM900

# Rebet 25% KEKAL . Setiap tin anda akan mendapat rebet RM25

# Bonus RM500 dengan mendaftarkan Pengedar baru (30 tin)

# Bonus RM150 bagi setiap pengedar yang berdaftar di bawah pengedar anda (indirect)

#Royalti untuk Bonus Perniagaan Baru antara 2% hingga 4%
# Anda mendapat Bonus Rangkaian sebanyak 6 peringkat(level) 5% 5% 5% 5%3%2%= 25%

#Bonus Rangkaian Infiniti 4%
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis