Pengikut - Terima kasih sahabat......

FAST RESPON

SMS @ Whastapp untuk respon segera
ruza 013-3951176
man 016-3618144

Memaparkan catatan dengan label Suka Duka Kami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suka Duka Kami. Papar semua catatan

Selasa, 1 Februari 2011

Suka Duka Kami

Sebelum kami diperkenalkan kepada Alpha Lipid oleh rakan baik kami Fajar & Nazri ( thanks ja & nazri sbb memberi sedikit harapan kpd kami yang sudah lama tidak mengharap) Haziq hanya melalui hidupnya yang biasa tanpa ada perubahan ape2. Fisioterapi masih dijalankan setiap minggu jika tak de aral. Kalau tidak pun sebulan 2 kali kami akan bawa Haziq.

Tapi kini, Haziq mampu meniarap, berpusing2, tendangan yang semakin kuat, tubuh yang semakin sihat (kalau tak dulu asyik demam je), nampak Haziq semakin gembira. Kalau Haziq gembira ibulah insan yang sangat gembira. Haziq suka kalau ibu main2 dengan Haziq. Terutamanya main geletek2, mau Haziq gelak terbahak2 sbb geli sesangat. Ibu suka dengar tiap bunyi tawa Haziq. Ibarat terisi semua kegembiraan yang ada di dunia ini.

Kami masih ada harapan yang kami akan cuba tunaikan. Kami ada impian yang kami cuba capai demi Haziq. Demi masa depan Haziq. Demi kesenangan Haziq. Tapi kekadang terlintas di fikiran...bagaimanakah kamu Haziq bila ibu & abah tiada??????

Hemm...airmata kami akan dikesat cepat2 kerana kita sebagai manusia perlu terima suratan yang Allah Maha Pencipta tentukan dengan redha. Jangan sesekali menyesali kejadian Allah. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah. InsyaAllah akan ada jalan yang terbuka untuk setiap masalah. Thinking positive. Andai kami susah...masih ramai lagi orang yang susah daripada kami dalam membesarkan anak2 yang istimewa.

Betulkan apa ibu cakap Abang Long... andai Abang Long boleh membalas tiap bait percakapan ibu. Ape agaknye yang mula2 Abang Long akan cakap????

"IBU!!!! Along sayang ibu"
(Entah bila ucapan yang satu ini dapat ibu dengari. Mungkin disyurga!!!! Amin.)

"Ibu sayang Haziq juga.... hehehe sapa tak sayang anak yang lahir dari rahim kite, yang kita kandung 9 bulan 10 hari. yang terhasil dari benih cinta kite.

Rabu, 26 Januari 2011

Suka Duka Kami

Kami sebenarnya sentiasa ingin beri yang terbaik kepada pelanggan kami. Tapi pelanggan juga kena faham, kami kedua2nya bekerja sepenuh masa & biz ini adalah sambilan. Sekiranya ingin produk SDII @ Alpha Lipid sampai cepat ke tangan anda sila pastikan anda membuat bayaran dengan cepat & maklumkan segera. Tetapi untuk makluma pelanggan, saya hanya membuat urusan pembungkusan pada sebelah malam sahaja setelah anak2 saya masuk tidur. Maksudnya urusan pos akan dilakukan pada esok hari. Tolong jangan minta pos pada hari yang sama dengan hari pembayaran. Melainkan jika tempat anda adalah dalam jarak yang kami boleh COD maka kami boleh hantar produk SDII @ Alpha Lipid pada sebelah malam hari itu juga. Namun, COD hanya dibuat bukan pada harga promosi. Harap para pelanggan maklum. Apa2pun semua boleh dibawa berbincang. Jangan segan untuk bertanya ye.

Hubungi kami:
ruza 013-3951176
azman 016-3618144

Isnin, 17 Januari 2011

Suka Duka Kami

Alhamdulillah....Kejohanan Pencak Silat Taming Sari telah berakhir. Dapat lah jual dalam 7 tin SDII. Sambil2 tu adela jual benda2 lain. So, bagi Zall's usaha masih akan diteruskan. Semalam hubby masih cuti, jadi adalah menjadi tugas hubby untuk beli stok SDII. Takut tetiba je orang nak karang tak cukup pulak stok do tangan.

Isnin, 20 Disember 2010

Suka Duka Kami

Ok entri 4 the day... BACKOUT BUYERS.... Inilah kisah kami utk hari ini bagaimana kite menjual nak bg servis terbaik tp pembeli pulak buat hal. Bukan ape.. kite dah tanye jd ambik ke? Die jawab jadi so kite suruh la despacth antar (hubby le tu). Suami pun wat appoinment nak jumpa sekian waktu sekian tarikh. Suami pun pergila....suami biasa 30 minit sebelum time mesti dah sampai. Then suami shopping2 dulu beli barang2 keperluan rumah sikit. Pastu dpt mesej delay time. Ok suami ikut je...pastu dah tunggu punye tunggu...bulan tak timbul2. Dpt mesej lg...x jadi ambik la. Isunye kat sini...dah la COD x de charge ape2 sebab ahli, sian suami dah tunggu lama tibe2 x jadi. Lagipun dah janji nak ambik & jumpa kan!!!! Walauapepun inilah pengalaman kami. Setiap penolakan adalah duit....mungkin bukan kali ini tp lain kali. Amin Ya RabbalAlamin...

Selasa, 14 Disember 2010

Suka Duka Kami

Semalam sahaja terjual 6 tin Alpha Lipid & 4 tin SDII. Sapa kata produk ni tak boleh jual. So hari ini kena pergi ambik stok lagi supaya stok sentiasa mencukupi & ada untuk sesape yang memerlukan. Hemm... mari naik komuter ke Mid Valley tuk ambik stok sambil leh cuci2 mata sempena YES di Mid Valley. Boleh Rambang mata di buatnye.....

Isnin, 13 Disember 2010

Suka Duka Kami

4/10/10 Isnin


Ramai yang bertanya kepada saya " Boleh jual ke produk ni?". Saya yang bermula dengan susah payah berkongsi keajaiban produk dengan izin Allah kepada kawan2, jiran2 & org yang tidak dikenali di internet telah mula melakukan jualan & promosi bermula penghujung tahun 2009 sehingga sekarang masih lagi menjual & membuat promosi. Setiap bulan ada sahaja jualan & permintaan. Sebenarnya semua bergantung kepada diri kita...jika kita berusaha pasti Allah akan beri ganjarannya. Lagipun rezeki setiap manusia ditentukan oleh Allah, jadi jangan segan2 memohon kepada-Nya agar dimurahkan rezeki.

Suka Duka Kami

13/10/10


Seperti biasa sejak menjalankan biz Alpha Lipid & SDII ni, biasanya urusan pengambilan stok akan saya lakukan pada hari jumaat sebab masa rehat panjang. Biasanya saya akan menaiki komuter dari UKM ke Mid Valley. Kekadang tu penat sbb tersangat la ramai orang. Oleh kerana permintaan yang memberangsangkan setiap minggu & kerana nak mengekalkan stok di tangan maka, nak tak nak perlu diharungi jua. Semoga segala usaha yang saya & suami lakukan akan mendapat keberkatan. Amin....

Suka Duka Kami

15/10/10


Semalam ada mesej dari seorang klien di Kajang, Alhamdulillah rezeki masuk. Beliau order 6 tin Alpha Lipid. So hari ini ambik stok & terus habis.. yang tinggal stok SDII je. Betullah janji Allah... rezeki akan datang bg yang berusaha. So, rakan2 biz diluar sana jangan mengalah walaupun kena reject..teruskan usaha. Hari Isnin kena ambik stok lagi..hehehe syukur.

Suka Duka Kami

9/12/10


Hemm... dah 9 Dis ari ni, biasala tunggu wit biz Alpha Lipid & SDII masuk la ni. Suami pun mesti tak sabar tunggu. Ye la kakitangan kerajaan mmg baru dpt RM500, beli brg keperluan anak sekolah & buku dah abis. So sementara tunggu gaji 20hb, wit Alpha Lipid & SDII masuk dulu. Sape tak nak wit oi!!!! Jadi bagi sesiapa yang diluar sana nak de wit masuk pertengahan bulan marilah join. Hubungi je no. h/p yang saya dah tulis besar2.

Isnin, 27 September 2010

Suka Duka Kami

20/9/10 Isnin

Saya ada berjumpa dengan seorang rakan biz yang mengatakan kepada saya, dia sedih kerana lambat diperkenalkan kepada Alpha Lipid. Kalau tidak tentu dia sempat beri kepada arwah ibunye....
Saya yang mendengar kata2 ini juga sebak sebab saya juga sudah kehilangan ibu kerana darah tinggi. Tapi ingatlah wahai rakan2 biz di luar sana, mungkin kita tidak dapat membantu ibu kita sendiri tetapi kita dapat membantu ibu orang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis