Pengikut - Terima kasih sahabat......

FAST RESPON

SMS @ Whastapp untuk respon segera
ruza 013-3951176
man 016-3618144

Selasa, 1 Februari 2011

Suka Duka Kami

Sebelum kami diperkenalkan kepada Alpha Lipid oleh rakan baik kami Fajar & Nazri ( thanks ja & nazri sbb memberi sedikit harapan kpd kami yang sudah lama tidak mengharap) Haziq hanya melalui hidupnya yang biasa tanpa ada perubahan ape2. Fisioterapi masih dijalankan setiap minggu jika tak de aral. Kalau tidak pun sebulan 2 kali kami akan bawa Haziq.

Tapi kini, Haziq mampu meniarap, berpusing2, tendangan yang semakin kuat, tubuh yang semakin sihat (kalau tak dulu asyik demam je), nampak Haziq semakin gembira. Kalau Haziq gembira ibulah insan yang sangat gembira. Haziq suka kalau ibu main2 dengan Haziq. Terutamanya main geletek2, mau Haziq gelak terbahak2 sbb geli sesangat. Ibu suka dengar tiap bunyi tawa Haziq. Ibarat terisi semua kegembiraan yang ada di dunia ini.

Kami masih ada harapan yang kami akan cuba tunaikan. Kami ada impian yang kami cuba capai demi Haziq. Demi masa depan Haziq. Demi kesenangan Haziq. Tapi kekadang terlintas di fikiran...bagaimanakah kamu Haziq bila ibu & abah tiada??????

Hemm...airmata kami akan dikesat cepat2 kerana kita sebagai manusia perlu terima suratan yang Allah Maha Pencipta tentukan dengan redha. Jangan sesekali menyesali kejadian Allah. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah. InsyaAllah akan ada jalan yang terbuka untuk setiap masalah. Thinking positive. Andai kami susah...masih ramai lagi orang yang susah daripada kami dalam membesarkan anak2 yang istimewa.

Betulkan apa ibu cakap Abang Long... andai Abang Long boleh membalas tiap bait percakapan ibu. Ape agaknye yang mula2 Abang Long akan cakap????

"IBU!!!! Along sayang ibu"
(Entah bila ucapan yang satu ini dapat ibu dengari. Mungkin disyurga!!!! Amin.)

"Ibu sayang Haziq juga.... hehehe sapa tak sayang anak yang lahir dari rahim kite, yang kita kandung 9 bulan 10 hari. yang terhasil dari benih cinta kite.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis