Pengikut - Terima kasih sahabat......

FAST RESPON

SMS @ Whastapp untuk respon segera
ruza 013-3951176
man 016-3618144

Ahad, 20 November 2011

Apple Cider & Slim Diet II

Mengapa APPLE CIDER digalakkan utk dicampur dlm SD2 semasa tempoh berdiet? Apakah kebaikan dan fungsi apple cider?




1. Merangsang pemecahan lemak

2. Melancarkan perjalanan darah

3. Menguatkan tenaga dalaman

4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak

5. Melawaskan usus besar dan kecil

6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer

7. Masalah kulit seperti jerawat

8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak

9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu

10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)

11. Melembapkan dan mengencangkan kulit

12. Mencegah dan mengawal selulit

13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha

14. Meredakan sakit dan sengal sendi

15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah

16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah

17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru

18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang

19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah

20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal

21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.


Apple Cider digunakan sejak 400BC oleh Hippocrates (bapa perubatan moden) sebagai tonik tenaga dan penyembuh..



CARA GUNA: 1 sudu kecil APPLE CIDER boleh campur dalam 2 scoop SLIM DIET 2 setiap kali minum

ruza pun ada jual cuka apel dr turki jika anda mahu...hubungi ruza 013-3951176

Khamis, 3 November 2011

Cuka Epal


عِنْدَنَا إلا خَلّ فَدَعَا بِهِ وَجَعَلَ يَأْكُلُ وَيَقُولُ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ

Sabda Rasulullah SAW :

Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang laukpauk kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka. Hadis riwayat Muslim


عَنْ أُمّ سَعْدٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهَا عَنْ النّبِيّ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ اللّهُمّ بَارِكْ فِي الْخَلّ فَإِنّهُ كَانَ إدَامَ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي وَلَمْ يَفْتَقِرْ بَيْتٌ فِيهِ الْخَل

Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW baginda bersabda : Sebaik-baik lauk ialah cuka. "Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah aluk para nabi sebelumKu. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”. Hadis riwayat Ibnu Majah.


Cuka mempunyai beberapa khasiat :

1. menyembuhkan keracunan

2. membantu mencernakan makanan

3. menghilangkan haus

4. melancarakan peredaran darah

5. mengubati penyakit limpa

6. mengubati penyakit kuning.


Antara khasiat cuka epal ialah:
1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
2. Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.

3. Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.
4. Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.


MELALUI KAJIAN SAINTIFIK..CUKA EPAL TERBUKTI MAMPU MEMBUANG KOLESTROL DALAM BADAN DENGAN BERKESAN

Inginkan Pakej SDII & Cuka Epal hubungi ruza 013-3951176






Isnin, 26 September 2011

Haziq aka Abang Long

Lama x update pasal Haziq...sbb sekarang ni die sihat & happy selalu.




Jumaat, 17 Jun 2011

PENGEDAR SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN

HUBUNGI KAMI:

ruza 013-3951176
Man 0163618144




Khamis, 9 Jun 2011

Kenapa Pening Kepala Semasa Berdiet SDII

kenapa mereka pening kepala semasa berdiet dengan SD2..

Sebenarnya, tidak semua orang merasakan begini ketika berdiet SD2. Selalunya jika anda pening kepala ketika berdiet SD2 maka ini disebabkan anda sudah berlapar dan kurang mengambil makanan. Oleh itu pastikan anda sentiasa kenyang semasa berdiet (JANGAN BERLAPAR TAU!!!!) dan simptom ini akan hilang dengan sendirinya.




Namun begitu ada beberapa orang yang telah saya jumpa mempunyai badan yang sensitif dan merasa pening kepala kerana kekurangan gula walaupun perut sudah kenyang. Didalam fasa induksi, ada juga beberapa peratus dari mereka yang berdiet merasa pening kepala, keletihan, kekejangan atau ketidakselesaan yang lain. Keadaan ini mungkin disebabkan badan anda mengalami fasa peralihan dan penyesuaian diri dengan menu makanan yang baru. Jika anda boleh melalui keadaan ini dengan sabar, selalunya kesan seperti ini akan hilang dalam tempoh empat ke lima hari sahaja. Apabila badan sudah mula membakar lemak sepenuhnya, badan anda akan bertenaga semula dan kesan ini juga akan hilang sepenuhnya.



Namun begitu jika kesannya agak terlampau, maka anda boleh melakukan satu program secara beransur-ansur mengikut kesesuaian badan anda. Oleh itu, cuba menambah menu sayur-sayuran serta buah-buahan jenis berries lebih dari biasa didalam makanan anda untuk beberapa hari. Apabila kesan yang anda hadapi itu hilang, maka anda perlu menurunkan semula kadar karbohidrat yang anda ambil ke tahap 20 gm net karbohidrat sehari (untuk limit dalam fasa induksi).



Pastikan juga anda meminum air yang cukup dan ambil suplemen tambahan untuk menambah mineral didalam badan anda seperti magnesium, calsium dan potassium. Boleh juga mengambil light salt atau fruit salt didalam segelas air suam dan anda akan kembali segar semula.


BUAT KEPUTUSAN HARI INI.. SLIM DIET ADALAH SATU-SATUNYA DIET PROTIN YANG SELAMAT DAN BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA DARI 2-5KG DALAM MASA SEMINGGU... TUNGGU APA LAGI.. ORDER SEKARANG..


ruza 013-3951176/azman 016-3618144
* Pening kepala & keletihan memang saya rasai semasa berdiet SDII. Tetapi setelah pengambilan makanan pening itu hilang dgn sendiri.

Khamis, 26 Mei 2011

Gambar Terbaru Abang Long

Muhammad Haziq pelbagai gaya

(Along.... ketahuilah ibu sangat menyayangimu. Jangan tinggalkan ibu....
ibu belum puas menjagamu. Sayang Abang Long....muah...muah...muah)





Rabu, 25 Mei 2011

Promosi Sleep Time

Bagi yang ingin mencuba utk mendapatkan tidur yg cukup boleh try Sleep Time RM10 sepeket
termasuk pos ekspress


Hubungi:
ruza 013-3951176
azman 016-3618144

Selasa, 24 Mei 2011

Sleep TIme

Ingin saya kongsikan berita baik buat mereka yang selama ini menderita imsomnia atau yang pernah mengalami gangguan tidur yang kurang nyenyak ataupun jika inginkan kualiti tidur yang sebenar-benarnya!!!



Memperkenalkan produk terbaru untuk ahli2 berdaftar yang dilancarkan semasa konvensyen syarikat N.Z NEW IMAGE kali ke-57 di Sunway Piramid....mulai Julai akan mula dipasarkan di Malaysia dengan rasminya.

Produk yang dijangka meletuppp di pasaran Malaysia seperti produk terdahulu iaitu ALPHA LIPID dan SD2 juga!!!

Berita baik ini bolehlah anda kongsikan kepada ahli2 dan juga bakal prospek2 anda di luar sana.




Sleep TimeTM


The natural and nutritious way to relax – Better sleep means a better day
Key Features:

Pure milk from individually selected cows is specially processed to create a Unique Protein ProfileTM to support natural relaxation and healthy sleep.

The wholesome, natural goodness of 99.5% fat free* milk is blended with a premium combination of Magnesium, Vitamin D and Alpha Lipid® to nurture the body during rest.

A soothing cup of Sleep TimeTM as part of your nightly routine is a great way to unwind for a good night’s sleep, so you can awaken feeling refreshed and ready for the day ahead.

Free from caffeine, artificial colours, artificial flavours, artificial sweeteners, gluten and preservatives.



* Following directions for use.


Active Ingredients per capsule:

17.8g specially processed Sleep Milk containing a Unique Protein ProfileTM

130mg Magnesium Sulphate

95mg Magnesium Carbonate

85mg Magnesium Oxide

217mg Calcium

10mcg Vitamin D3



Dosage:

Mix contents of one 18.5g sachet with 150mL of water and consume 30-45 minutes before bedtime. Can be warmed gently in a microwave oven.

Do not exceed more than two sachets per day.

Code/Quantity:

60631 / 28 sachet box (Vanilla and Honey Flavour)

INSOMNIA

KETAHUI GEJALA IMSOMNIA???


Masalah gangguan tidur terjadi apabila seseorang mengalami sukar untuk tidur nyenyak pada malam hari, walaupun sudah tidur selama 8 jam atau lebih, tetapi masih mengantuk dan tidak berstamina setelah bangun dari tidur. Hal ini terjadi karana tidur yang tidak berkualiti.

Tidur adalah suatu proses dimana terjadi pembentukan sel-sel tubuh yang baru, pembaikan sel-sel tubuh yang rosak, membolehkan tubuh untuk berehat, juga untuk menjaga keseimbangan metabolisme dan reaksi biokimia tubuh. Jika kita mengalami gangguan tidur, maka akan mempengaruhi kesihatan kita.

Berapa lama tidur diperlukan?????

Tempoh masa tidur setiap individu berbeza antara satu sama lain. Purata jumlah masa tidur yang diperlukan sehari ialah 7 hingga 8 jam. Kajian menunjukkan individu yang tidur kurang daripada 4.5 jam sehari, mempunyai risiko tinggi terhadap penyakit jantung koronari. Kualiti tidur tidak hanya bergantung kepada jumlah masa tidur sahaja tetapi juga kepada keupayaan seseorang itu berfungsi dari segi fizikal dan mental pada keesokan harinya.

Jenis-jenis Insomnia:


Insomnia Sementara

Mengalami masalah tidur kurang daripada 1 minggu. Antara sebab-sebab insomnia ini termasuk bekerja mengikut syif dan tekanan perasaan.


Insomnia Jangka Pendek

Mengalami masalah tidur selama sebuan. Antara sebab-sebabnya termasuk perubahan persekitaran seperti dirawat di hospital, pertukaran kerja atau masalah kerja, masalah keluarga dan masalah kesihatan.


Insomnia Kronik

Merupakan gangguan serius yang dialami lebih dari sebulan. Mengikut kajian, lebih kurang 1/3 hingga 2/3 pesakit mengalami insomnia kronik mengalami masalah mental.


Punca Insomnia:

  • Umur meningkat tua
  • Berpenyakit seperti sesak nafas, kerap buang air kecil dan menanggung kesakitan.
  • Cemas dan murung.
  • Suasana bising dan tidak selesa.
  • Tekanan perasaan/stress di rumah atau di tempat kerja.

JADI..MUNGKIN ANDA PERLUKAN BANTUAN. CUBALAH SLEEP TIME

Ahad, 22 Mei 2011

Haziq aka Abang Long

Hari ni just nak share cerita ruza dan Abang Long. Sekarang Abang Long kurang makan, ibu agak risau tengok Abang Long. Tapi susu Alpha Lipid + Nesvita Oat 3 in 1 masih tetap menjadi kesukaan. Walaupun Along tak nak makan nasi, susu Alpha Lipid + Nesvita Oat 3 in 1 Along boleh abiskan 2 paket 3 kali sehari. Sedap!!! Hingga menjilat bibir (Kalau Along boleh berkata2 agaknye inilah yang Along akan bagitau ibu).

Semalam bawak Along pergi Alamanda tapi Along tak dapat makan Nasi Ayam kegemaran Along sebab tak bukak lagi. So Along just makan nasi goreng. Lepas tu Along singgah rumah opah sebab nak sambut besday Kakak Aishah yang ke 11 tahun. Selamat Hari Lahir Kakak Aisyah (Kata Along dalam hati...hehehe agaknye le).

Lama ibu tak bawak Along pergi fisioterapi di PDK Taman Seri Jerlok sebab abah asyik sibuk je. Sian Along, ibu pulak tak leh drive keta. Kalau tak boleh ibu hantar Along kan.

Tak pe, Insyaallah khamis ni kita pergi ye.

Isnin, 18 April 2011

Testimoni Slim Diet II + Alpha Lipid - Hamil & Berat turun 5 kg

Untuk entri kali ini ruza nak share satu testi yang buat ruza teruja & bersyukur. Ruza jumpa klien ruza melalui satu laman beli belah di internet. Mula-mula klien ni beli SDII dengan niat untuk menurunkan berat. Kemudian beliau order Alpha Lipid untuk ibu tersayang. Katanya ibu sukar tidur malam. Kemudian klien ni order lagi kapsul Alpha Lipid pulak untuk diri sendiri. Kemudian order lagi 4 tin SDII + keahlian. Sebulan selepas order ruza follow up just nak tau perkembangan.

Cuba teka apa jawaban sms klien ruza ni? Antara jawaban yang buat ruza teruja:

Alhamdulillah ambik SDII + Alpha Lipid sebulan melekat. Sblm ni dah cuba nak preggy tp x berjaya. Dah fed up dah. Nak diet plak..tup2 preggy plak. Recommend utk sapa2 nak preggy"

Berat pun turun 5kg dalam sebulan.


Ha! Macam mana? Teruja & bersyukur tak? Inilah testi paling best sepanjang ruza buat bisnes ni. Sebab dia 2 in 1. Berat turun & dapat preggy lagi setelah puas mencuba.

Alhamdulillah...

Jika anda ingin mencuba boleh je call/sms ruza & hubby:
ruza 013-3951176
azman 016-3618144

Rabu, 30 Mac 2011

Munajat Ku

Masih mencari kekuatan dalam kelemahan
Masih menggenggam harapan dalam kebenaran
Masih mencari sinar dalam kegelapan
Masih mengejar impian dalam kekalutan

Namun,
Masih hilang dalam terang
Masih gagal dalam kejayaan
Masih lemah dalam ketabahan
Masih menangis dalam kegembiraan

Adakah ini jalanMu untuk ku
Adakah ini takdirMu bagi ku
Adakah ini neraka & syurga ku
Adakah ini tawa & sedih ku
Adakah ini kejayaan & kegagalan ku
Adakah ini jatuh bangun ku

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Andai ini takdir ku
Aku terima
Andai ini hidup ku
Aku redha

Ya Allah Tuhan Sekelian Alam
Jadikan aku kuat
Jadikan aku tabah
Jadikan aku pasrah
Jadikan aku hambaMu paling bersyukur
Jadikan aku hambaMu paling berserah

Ya Allah Ya Tuhan ku
Sekiranya ada kasihMu
Sekiranya ada kasihanMu
Sekiranya ada rahmatMu
Engkau permudahkanlah
Engkau bantulah aku
Payungi aku dengan kasihMu
Jangan Engkau palingkan wajahMu dari ku
Hanya kepadaMU aku bermohon
Hanya kepadaMu aku berserah
Hanya kepadaMu aku kembali
Amin....

Rabu, 23 Mac 2011

Perjalanan Hubby Ku Dengan SDII

Kita sambung cite kita pasal hubby ruza & SDII. Bile je SDII diperkenalkan oleh Syarikat NZ New Image di pasaran Malaysia, ruza pun tak fikir panjang terus join dengan belian Alpha Lipid & SDII. Habis la gak dalam RM7000++. Tapi pulangan yang ruza dah terima sejak setahun yang lalu lebih dari modal ruza & selain itu, kesihatan untuk seisi keluarga.

Ok berbalik kepada hubby ruza, ruza minta hubby ruza try produk SDII ni. Yelah dah alang2 hubby nak turunkan berat. Mula2 tu memang hubby wat tak tau je. Ruza suruh minum tapi hubby wat dek jek. So pada suatu pagi, ruza pun buka tin ambik 2 skup SDII & campur dalam air sejuk & shake3x. Ruza kata: "Abang minum". Hubby ruza leh sengih je. Ruza kata: " Nah minum dah siap ni". Hubby pun dengan berat hati minum. Pelan2 hubby telan. Sejak hari tu, hubby ruza bawak tin SDII + Shaker + kordial sarsi F&N kemana2. Habis je 1 tin ruza suruh timbang. So balik kerja kami singgah la kat Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi & hubby ruza pun timbanglah kat timbang yang masuk wit 20sen. Jeng...jeng...jeng... hubby ruza punye suka la berat dah jadi 83kg masa tu. Hubby kata berat terakhir yang hubby ruza tau 99kg. So berapa banyak penurunan tu? Kira la sendiri.

Lepas tu setiap kali habis 1 tin ruza akan minta hubby timbang. Penurunan setiap 1 tin dalam 2-4 kg. Last sekali berat yang hubby ruza idam2 kan 74 kg tercapai pada bulan Mei 2010. So, hubby ruza start ambil SDII pada pertengahan bulan Februari 2010 & hubby ruza berhenti mengambil SDII pada awal Mei 2010. Sehingga kini pada Mac 2011 berat hubby ruza masih maintain.

Sepanjang hubby ruza amalkan SDII hubby ruza banyak makan ayam goreng (kat kedai mamak, ruza goreng @ KFC tanpa buang kulit & cecah sos cili life- kalau nak tau masih banyak karbo dalam hidangan tu tapi hubby ruza masih boleh turun berat 2-4 kg dengan setiap tin SDII), sotong goreng, nugget, hotdog, kerepek pisang, keropok, biskut. Minuman yang hubby ruza suka minum air sejuk, teh tarik, teh o ais limau @ teh limau panas.

Anak2 ruza & kawan2 hubby ruza kata kurusnye hubby ruza. Dulu perut jalan ke depan aka boroi. Sekarang boleh pakai baju tight2 sebab perut dah x de.

Selepas tu, hubby ruzalah penyumbang terbesar pendapatan ruza dalam bisnes ni. Sebab ramai kawan2 hubby ruza yang try. Tapi kebanyakan mereka tak konsisten sebab masalah ....duit la apalagi. Walauapapun ruza masih bersyukur sebab masih ada rezeki. Kadang2 Allah bagi banyak...kadang2 Allah bagi sedikit. Kita? Bersyukur...Alhamdulillah.

Haziq aka Abang Long

Lama tak cite pasal Abang Long. Hari tu masa cuti sekolah ibu bawak Abang Long jalan2 kat PD. Tp gambar x sempat save kat PC adik Dinie dah rosakkan kamera. Nak kena cari kad reader la pulak.

Seronok adik2 Abang Long dapat mandi kolam. Tak ingat masa....asyik la berendam dalam kolam. Ibu tak bawak Along masuk kolam sebab Abang Long asyik meragam nak tido. Jam 10 pagi dah sampai kat Pantai PD. Abah, ibu & adik2 nak ajak Abang Long makan & round2 dulu kat Pantai PD tapi Abang Long dan mengamuk2 nak tido. Masuk je dalam kereta Abang Long dah lelap. Adik2 bising pun Abang Long tak sedar.

Malam Abang Long tido sebelah Ibu, lama Ibu tak tido dengan Along. Adik2 Abang Long ramai....berebut2 masing2 nak tido sebelah ibu. Kalau ibu tido dengan Abang Long alamat tak tido la Along dengar adik memekak.

Cuti hujung tahun nanti ibu bawak Abang Long gi jalan2 lagi ye. Tapi Abang Long jangan la meragam. Kalau Abang Long nak tido Abang Long pejam jelah mata. SAYANG ABANG LONG...Muah!!!

Walau kemana kita sekeluarga pergi bercuti....ibu akan pastikan susu Alpha Lipid Abang Long dibawa bersama. Kalau lupa bawaka nanti Abang Long @ adik2 demam susah.

Khamis, 17 Mac 2011

Kenapa Saya Lapar Semasa Berdiet Dengan SDII

Ramai yang risau bila selera makan bertambah kerana takut nanti tak dapat nak kuruskan badan kalau asyik nak makan je..


Sebenarnya ini berlaku disebabkan beberapa perkara yang berbeza.


Pertama sekali jika anda selalu merasa LAPAR (bukan selera bertambah - ini adalah dua perkara yang berbeza) ketika berdiet SD2, maka anda patut merasa gembira kerana injin pembakaran lemak anda sudah mula memberi kesan dan badan kita mula membakar kalori yang lebih banyak dari biasa. Apabila kita masih kurang makan untuk mengalas perut kita, maka badan akan memberikan alamat untuk kita makan dengan lebih kerap. Oleh itu, pergilah makan lagi dan ambillah hanya makanan yang boleh kita makan kerana ketika berdiet dengan Slim Diet 2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Kalau kita kenyang maka metabolisma kita akan lebih meningkat dan kita boleh membakar lemak dengan lebih banyak lagi asalkan kita menjaga tahap kandungan karbohidrat didalam makanan yang kita ambil tidak melebihi 35 gm sehari.



Namun begitu, SELERA makan anda akan meningkat jika anda bukan didalam keadaan pembakaran lemak dibadan atau apa yang dikatakan lipolysis. Ini berlaku disebabkan anda telah memakan makanan yang menyebabkan kandungan gula didalam darah anda tidak stabil (atau berlebihan) yang menyebabkan selera makan anda bertambah serta peningkatan rasa ketagihan atau craving. Periksalah apa yang anda makan sebelum itu dan pastikan makanan manakah yang mengandungi gula atau bijiran yang telah diproses yang telah anda makan. Untuk menghadapi masalah ini, pastikan anda tetap mengambil protien serta asid lemak yang cukup, dan jika anda masih merasa lapar maka pergilah makan lagi kerana ketika berdiet dengan Slim Diet 2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Apabila anda sudah memasuki semula tahap pembakaran lemak atau lipolysis tersebut, maka rasa ketagihan atau pertambahan selera makan tersebut akan hilang.


Jika anda masih tidak berjaya, maka cubalah berhenti pengambilan jenis makanan yang telah anda makan sebelum merasa lapar atau bertambah selera makanan tersebut kepada jenis-jenis makanan yang lain sehinggalah anda dapat mengawal selera makanan anda. Insyallah anda pasti dapat turunkan berat badan dengan mengamalkan Slim Diet 2 tanpa perlu berlapar... Cuba lah..

Alpha Lipid Utk Ibu Mengandung & Menyusukan

SEBELUM HAMIL


Wanita2 yang merancang untuk hamil, adalah disarankan minum Alpha Lipid setiap hari agar rahim berada dalam keaadaan kuat dan sihat serta bersedia utk menempuhi tempoh kehamilan yang baik sepanjang 9 bulan. Alpha Lipid juga baik utk kesuburan (persediaan kehamilan).


DALAM TEMPOH KEHAMILAN:


IBU HAMIL

Sepanjang kehamilan, pengambilan Alpha Lipid akan melengkapkan segala zat2 yang diperlukan oleh ibu dan bayi didalam kandungan. Sekiranya anda tergolong dalam golongan wanita yg alah semasa awal kandungan, Alpha Lipid boleh membantu anda utk mengurangkan alahan tersebut. Si ibu juga akan berasa lebih segar dan sihat sepanjang tempoh kehamilan. Kandungan kalsium yg tinggi boleh mengelakkan sengal2 tulang atau kekejangan otot yg selalu berlaku kepada wanita hamil.Ada juga pengguna mengatakan dengan minum Alpha Lipid semasa hamil, badan akan mantain!!! Tidak naik badan secara mendadak seperti yang selalu berlaku kepada wanita hamil.
SI BAYI

Mengikut pengalaman2 ibu yang minum Alpha Lipid sepanjang mengandung, mereka mengatakan bayi yg lahir kulitnya putih, halus dan gebu (macam colostrum agaknyaaa..)

Bayi juga akan menjadi kelihatan bijak dan matang kerana mendapat khasiat Alpha Lipid yang merupakan brain food yg sangat membantu dalam peningkatan fungsi otak.

Bayi juga akan kelihatan cergas dan mempunyai tulang yg kuat serta rambut yang cantik...insyaALLAH....Disebabkan bayi sudah menerima Alpha Lipid yang mengandungi faktor imun serta antibodi semulajadi sejak di dalam kandungan, kebanyakan bayi yang dilahirkan agak kuat sistem pertahanan badannya, dan sukar utk mendapat sakit kuning/jaundis selepas dilahirkan.


DALAM TEMPOH BERPANTANG

Ibu boleh minum Alpha Lipid sepanjang tempoh berpantang, ibu akan lebih segar dan Alpha Lipid akan membantu mempercepatkan penyembuhan luka2 dalaman semasa melahirkan. Susu badan juga akan menjadi banyak dan lebih berkhasiat utk diminum oleh bayi. Agen pembakar lemak yg terkandung dalam Alpha Lipid juga boleh membantu ibu langsing kembali seperti sediakala..


Banyak sekali fungsi khasiat Alpha Lipid ini, so apa yang anda tunggu lagi. Kalau anda tak lalu untuk minum susu tepung biasa, minum je lah Alpha Lipid (kolostrum)

Rabu, 23 Februari 2011

Alpha Lipid - Breakfast Drink For Smart People

Alpha Lipid Lifeline adalah pemakanan semulajadi yg memang amat berkhasiat dan lengkap untuk keperluan seharian diet manusia.




Ia dipasarkan sebagai "BREAKFAST DRINK FOR SMART PEOPLE".

Bagaimana mengambilnya?

Cara pengambilannya ialah 1 1/2 scup dicampur dgn air sejuk dan digoncang dalam shaker. Goncang sehingga menyatu dan berbuih.

Bila perlu ambil Alpha Lipid?

Seelok-eloknya sewaktu perut kosong...biasanya dicadangkan minum selepas subuh sebagai minuman sarapan pagi (breakfast drink).

Pantang larang?

Tiada pantang larang jika anda ambil Alpha Lipid, kecuali JANGAN CAMPUR dgn AIR Panas.

Campur dgn air sejuk atau air mineral biasa.

Rasanya?

Jika dicampur dan digoncang elok ia akan mempunyai rasa seperti AIS KRIM vanila yg cair...sedap...tidak pahit pun.

Sama ke dgn susu biasa?

Tidak Sama...Kolostrum adalah susu awal lembu yg mula-mula keluar dari kelenjar susu ibu yg baru melahirkan anak.

Untuk siapa/peringkat umur?

Oleh kerana ia adalah semulajadi, Ia sesuai untuk semua peringkat umur dari ibu mengandung, bayi, kanak-kanak, orang dewasa hingga orang lanjut usia.

Saya makan ubat, boleh campur dgn Alpha Lipid?

Boleh...Alpha Lipid adalah bukan ubat, ianya makanan semulajadi seperti juga nasi, roti, susu dll. So ianya boleh dimakan bersama ubat-ubatan. Tiada tindakbalas antara kandunggan Alpha Lipid dengan ubat-ubatan.

Bagus ke Alpha Lipid ni?

Kalau tak bagus takkanlah produk ni kami jual dah berpuluh ribu tin setiap bulan... Alpha lipid bukan ubat, jadi ia tak akan overdose.. kita ambil 10 scoop pun selamat.. selamat seperti kita minum susu biasa..

Kat mana saya boleh dapatkan Alpha Lipid ni?


Untuk mereka yang berminat nak mencuba Alpha Lipid ini anda boleh hubungi Ruza (013-3951176).. Anda boleh rasa sendiri kehebatan produk kesihatan ini..

Tak cuba tak tahu.. Dah cuba nak selalu..

Ahad, 20 Februari 2011

Perjalanan Hubby Ku Dengan SDII (I)

Kali ni ruza nak cite tentang perjalanan hubby ruza start dari dia guna SDII. Lama nak cite ni tapi asyik terlupa je. So sape2 yang belum percaya dengan SDII bolehla membaca cite hubby ruza ni.

Mula2 ruza join bisnes ni sebab Abang Long... bila New Image memperkenalkan Slim Diet II, ruza cadang nak bagi hubby ruza jadi testimoni sebab ape??? Mesti nak tau kan!!!!

Hubby ruza masa di saat2 kami bercintan cintun berat dia dlm 70kg lebih sikit je sebab hubby kena maintain berat. Masa tu hubby bersukan so kalau tak maintain berat hubby terkeluar dari kategorinya. So selalu hubby pastikan berat tak lebih 74kg.

Lelama tu kami dah lalui zaman bertunang, berkahwin & jd ibu abah pada anak2 kami. So hubby pun makin berumur....sukan dah tak aktif sebagai atlet tapi masih aktif sebagai tenaga pengajar. Tanpa disangka2 berat semakin naik dan naik dan naik tak turun2.

Hubby ambil langkah mencegah...ambil Teh Orang Kampung. Ok la berat de turun tapi tang ke tandas tu yang tak larat. Kejap2 jumpa cik 't'. Sampai kerja lain tak leh nak buat. Banyak kali gak hubby ruza beli teh ni.

Pastu try diet sendiri, catu makan & tak makan pun ade. Nak jadi cite....sampai masuk angin & muntah2 hijau lagi. MC la apalagi. Ni pun de dua tiga kali kena. Sampai mak & abah marahlah sebab dah kira aniaya diri nak kurus punye pasal.

Lepas tu...isteri kesayangan yang tahap suka melawan ni nak lah buat bisnes dengan New Image. Bukan sebab termakan kata2 kawan...tapi sebab fikir anak bujang seorang yang istimewa lagi tersayang nak minum. So ruza ni ala2 tak banyak modal tuk belanja beli susu Alpha Lipid tuk Abang Long RM180 tiap2 bulan. Itulah sebab nak join bisbes ni.

Namun, berkat melawan hari tu...dapatlah jugak income sikit2 sambil menyihatkan seluruh ahli keluarga dan dapat gak hubby tersayang mendapatkan berat masa bujang dulu. Hem..hem..

(Bersambung......)

Khamis, 17 Februari 2011

Selamat Datang Nooraslieza

Zall's nak ucapkan selamat datang kepada member terbaru dari Pekan Pahang...Nooraslieeza.
Alieza beli 4 tin SDII dengan keahlian. Mana tau tergerak nak wat biz nanti leh calling2 kami yer.


Alieza dpt freegift tupperware & shaker.

Rabu, 16 Februari 2011

Uji Karbohidrat Anda Dengan Ketostik






Jadual Keputusan Keto Sticks

Jika keputusan (perubahan warna) menunjukkan: (Rujuk Jadual Keputusan Keto Sticks )

Putih (Negative) - Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda.

Merah sangat muda (Trace) - Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal.
Merah muda (Small) - Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat / pemakanan anda adalah betul.

Ungu muda (Moderate) - Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air.
Maroon / Ungu (Large) - Ketosis terlalu tinggi dan tubuh anda amat memerlukan air dan anda perlu mengambil karbohidrat dalam diet anda.


KETO STICKS

Slim Diet II adalah satu program/pelan diet yang berasaskan kepada Ketosis iaitu proses semulajadi pembakaran lemak kepada tenaga. Oleh itu, tahap pembakaran lemak kepada protein boleh diukur dengan menggunakan Keto Sticks (contoh seperti dalam gambar di atas). Masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan adalah pada hari ke-3 hingga hari ke-7 anda mula mengambil SDII.

Caranya: lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Keto Sticks ke dalam air kencing selama 1 - 2 saat. Pastikan bahagian depan Keto Sticks yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya. Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Keto Sticks.

ANDA BOLEH DAPATKAN KETOSTIK DARI KAMI!!!!!

Konsep Slim Diet II

‘PROTEIN SPARING MODIFIED FAST’


(Ketogenic Diet)

Konsep Protein Sparing Modified Fast adalah suatu konsep selamat yang telah dibangunkan oleh dua doktor di Harvard Medical School melalui kajian yang terperinci (Dr George Cahill dan Dr George Blackburn).

Kebanyakan pelan diet bertumpu kepada pengurusan pengambilan kalori yang mana pada hari ini terbukti kurang berkesan malah ada pengguna yang akhirnya mengalami masalah kegemukan lebih teruk daripada sebelum mengikuti pelan diet tersebut.



CIRI-CIRI PELAN DIET YANG BAIK (SLIM DIETII)

PROTEIN YANG MENCUKUPI

Protein yang mencukupi akan memastikan badan tidak akan bekerja keras untuk melindungi fungsi hati, paru-paru dan otak. Slim Diet II mengandungi kandungi protein maksimum dan kalori yang minimum. Secara idealnya, pengambilan Slim Diet II hendaklah disertai dengan pengambilan 1 gram protein bagi setiap kg berat badan yang ideal.


Contoh Keperluan Protein Badan:

Jika berat badan anda ialah 80kg, sedangkan berat badan ideal anda ialah 60kg, maka anda perlukan 60gram protein setiap hari. Dalam program diet SDII, sukatan SDII yang diambil mengikut arahan mengandungi 40gram protein. Oleh itu, anda memerlukan 20gram protein lagi dalam diet harian anda!



ESSENTIAL FATTY ACID (EFA) YANG MENCUKUPI

EFA = Omega 3 & Omega-6
EFA adalah penting utk memastikan badan dapat menyimpan vitamin-vitamin yang mampu menyerap lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K.

MINERAL DAN VITAMIN YANG MENCUKUPI

Vitamin dan mineral adalah merupakan kandungan utama SDII. Empat hidangan SDII sehari cukup untuk memastikan badan menerima sekurang-kurangnya amaun minimum vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang diperlukan badan.

AIR YANG MENCUKUPI

Minimum air diperlukan badan = 2 liter sehari.

Apabila seseorang diet, akan berlaku perubahan struktur dalam tubuh. Gangguan akan berlaku terhadap jaringan lemak sedia ada dalam tubuh yang mana lemak-lemak ini perlu dinyahkan dari tubuh tanpa mengakibatkan fungsi hati dan buah pinggang terganggu dengan aktiviti melampau. Untuk itu, potassium diperlukan utk melindungi fungsi buah pinggang (1 – 2 gram sehari).

Cadangan makanan diambil bersama Slim Diet II untuk menangani perkara ini; pengambilan salad yang mengandungi 2 mangkuk daun salad (lettuce), 1 cawan timun, 1 tangkai seleri, ½ buah tomato sederhana dan cuka epal. Salad ini tinggi kandungan potassium.

FIBER YANG MENCUKUPI

Adalah amat penting untuk buang air besar setiap hari. Salad yang diambil setiap hari juga turut membantu memastikan perkara ini. Umumnya, manusia kekurangan fiber boleh larut (soluble fibre) dalam diet harian mereka. Pengambilan fiber dalam pelan diet SDII adalah penting. Walaubagaimana pun, pengambilan buah-buahan adalah termasuk dalam makanan yang harus dikurangkan/dielakkan sewaktu mengamalkan SDII kerana kandungan fruktosanya yang sangat tinggi.

SENAMAN YANG MENCUKUPI

Berjalan selama 20 – 30 minit setiap hari sudah memadai untuk membantu memecahkan kalori. Walaubagaimana pun, kadar senaman hendaklah bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Sekiranya anda seorang yang mempunyai masalah kesihatan, memadailah dengan berjalan di permukaan yang rata atau gantikan saja dengan senaman lain seperti renang.


KARBOHIDRAT YANG TERKAWAL

Makanlah makanan yang ada dalam senarai yang dicadangkan/dibenarkan sahaja. Sesungguhnya mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah suatu cabaran yang amat berat.


Terdapat 2 jenis karbohidrat;


1. Karbohidrat yang biasanya terkandung dalam makanan berwarna putih, bergula dan berkanji seperti nasi, gandum, roti, pasta, gula dan buah-buahan (Buah termasuk dalam kategori ini kerana kandungan fruktosanya yang sangat tinggi). Bahan-bahan ini dimetabolismakan oleh badan dengan sangat mudah yang mana akhirnya mengekalkan lemak.

2. Karbohidrat kompleks yang mana badan memetabolismakannya dalam peringkat yang sama seperti pembakaran tenaga. Contohnya sayuran hijau. Oleh itu, sebagai hidangan harian utama sewaktu mengambil SDII, 5 cawan sayuran hijau yang dimasak mengikut suka dengan tambahan protein adalah sangat mencukupi!

Khamis, 10 Februari 2011

Tsunami Obes Melanda Dunia

Paris: satu obesiti tsunami kini melanda dunia ekoran bilangan golongan dewasa yang gemuk meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980 kata beberapa doktor semalam.

Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard, Imperial College London dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih separuh billion lelaki dan wanita kini didapati obes.

Berdasarkan perangkaan itu, hampir seorang bagi setiap sembilan orang golongan dewasa tergolong dalam kategori gemuk.

Menurut WHO, berat badan berlebihan akan menyebabkan 3 juta orang mati setiap tahun kerana penyakit kanser, diabetis, jantung dan penyakit lain.

Masalah itu berlaku di negara-negara maju dengan kebanyakkan berlaku di Amerika Syarikat (AS) diikuti New Zealand dan Australia bagi golongan wanita. Golongan lelaki yang gemuk kebanyakkan terdapat di Britain dan Australia - AFP

(sumber dr: KOSMO Sabtu 5 Februari 2011 m/s-46)

Oleh itu, kita hendaklah berhati2 menjaga berat badan & pemakanan nita agar tidak tergolong dalam golongan obes & berisiko untuk mati kerana kanser, diabetis, jantung & penyakit lain.
LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI.

Alpha Lipid boleh membantu anda mencegah & mengubati.
Slim Diet II pula dapat membantu anda keluar daripada golongan obes.

Boleh hubungi saya 013-3951176

Isnin, 7 Februari 2011

Tempat Bisnes Presentasi Baru

Pengumuman!!!

Bisnes Presentasi (BP) di KL setiap hari Rabu akan berpindah bermula 9 Febuari 2011, akan diadakan di WISMA GETAH ASLI (LGM), Tingkat 2, Depan KLCC.


(juga dikenali Bangunan Getah Asli)

Harap maklum ye....

Selasa, 1 Februari 2011

Suka Duka Kami

Sebelum kami diperkenalkan kepada Alpha Lipid oleh rakan baik kami Fajar & Nazri ( thanks ja & nazri sbb memberi sedikit harapan kpd kami yang sudah lama tidak mengharap) Haziq hanya melalui hidupnya yang biasa tanpa ada perubahan ape2. Fisioterapi masih dijalankan setiap minggu jika tak de aral. Kalau tidak pun sebulan 2 kali kami akan bawa Haziq.

Tapi kini, Haziq mampu meniarap, berpusing2, tendangan yang semakin kuat, tubuh yang semakin sihat (kalau tak dulu asyik demam je), nampak Haziq semakin gembira. Kalau Haziq gembira ibulah insan yang sangat gembira. Haziq suka kalau ibu main2 dengan Haziq. Terutamanya main geletek2, mau Haziq gelak terbahak2 sbb geli sesangat. Ibu suka dengar tiap bunyi tawa Haziq. Ibarat terisi semua kegembiraan yang ada di dunia ini.

Kami masih ada harapan yang kami akan cuba tunaikan. Kami ada impian yang kami cuba capai demi Haziq. Demi masa depan Haziq. Demi kesenangan Haziq. Tapi kekadang terlintas di fikiran...bagaimanakah kamu Haziq bila ibu & abah tiada??????

Hemm...airmata kami akan dikesat cepat2 kerana kita sebagai manusia perlu terima suratan yang Allah Maha Pencipta tentukan dengan redha. Jangan sesekali menyesali kejadian Allah. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah. InsyaAllah akan ada jalan yang terbuka untuk setiap masalah. Thinking positive. Andai kami susah...masih ramai lagi orang yang susah daripada kami dalam membesarkan anak2 yang istimewa.

Betulkan apa ibu cakap Abang Long... andai Abang Long boleh membalas tiap bait percakapan ibu. Ape agaknye yang mula2 Abang Long akan cakap????

"IBU!!!! Along sayang ibu"
(Entah bila ucapan yang satu ini dapat ibu dengari. Mungkin disyurga!!!! Amin.)

"Ibu sayang Haziq juga.... hehehe sapa tak sayang anak yang lahir dari rahim kite, yang kita kandung 9 bulan 10 hari. yang terhasil dari benih cinta kite.

Haziq aka Abang Long

Abang Long buat apa malam tadi? Kan ibu dan tutup pintu cuma  tak rapat. Memang ibu dah berjaga2 sekarang ni sbb Abang Long dah makin lasak & ligat. Tup2 malam tadi Abang Long menunjukkan kehebatan. Alhamdulillah Allah tidak menetapkan kejadian buruk. Kalau tidak mungkin...... Ish kecut perut ibu memikirkannya.

Abang Long boleh bergerak dari bilik Abang Long yang terbuka sedikit sbb ibu nak bagi cahaya lampu masuk ke bilik adik2 kat sebelah. Ibu dengar Abang long tendang pintu. Ibu ingat pintu bilik Abang Long yang dah tertutup sbb kena tendangan Along & Along tambah lagi dengan tendangan demi tendangan. Bila ibu jenguk.... rupa2nye Abang Long tendang pintu bilik adik2. Abang Long dah ade kat dalam bilik adik2. Macam mane Along masuk dalam bilik adik? Musykil2.

Bila ibu cerita kat adik2 sume nak tgk Abang Long yang duk ade depan pintu bilik diorang.
Adik Amna kata: "Ibu! Abang Yong dah masuk bilik na..."
Ibu jawab:'Haa...camne? Ibu pun tak tau"
Adik Naili kata:"Yong lik" (Along kat bilik)
Adik Humaira & Dinie kata: "Ape bu? abang Long dah sampai bilik kitaorang"
abah pun angkat Abang Long masuk bilik & kata: " Macama mana Abang Long sampai bilik adik2 ni. Abang Long janganlah lasak2 bahaya.
Ape reaksi abang Long. Sengih memanjang.....
Sekarang ibu kena tutup pintu Abang Long rapat2 supaya Abang Long tak keluar dari bilik. Abang Long boleh pusing2 je dalam bilik Along. Nak keluar nanti ibu & abah bawak gi jalan2.

Rabu, 26 Januari 2011

Suka Duka Kami

Kami sebenarnya sentiasa ingin beri yang terbaik kepada pelanggan kami. Tapi pelanggan juga kena faham, kami kedua2nya bekerja sepenuh masa & biz ini adalah sambilan. Sekiranya ingin produk SDII @ Alpha Lipid sampai cepat ke tangan anda sila pastikan anda membuat bayaran dengan cepat & maklumkan segera. Tetapi untuk makluma pelanggan, saya hanya membuat urusan pembungkusan pada sebelah malam sahaja setelah anak2 saya masuk tidur. Maksudnya urusan pos akan dilakukan pada esok hari. Tolong jangan minta pos pada hari yang sama dengan hari pembayaran. Melainkan jika tempat anda adalah dalam jarak yang kami boleh COD maka kami boleh hantar produk SDII @ Alpha Lipid pada sebelah malam hari itu juga. Namun, COD hanya dibuat bukan pada harga promosi. Harap para pelanggan maklum. Apa2pun semua boleh dibawa berbincang. Jangan segan untuk bertanya ye.

Hubungi kami:
ruza 013-3951176
azman 016-3618144

Haziq aka Abang Long

Abang Long.... oooo....Abang Long, senang hati ibu minggu ni. Dah le dpt shopping byk skit sbb dpt rezeki lebih (duit dr biz yg abang long lah penyebabnye). Abang Long plak baik perangai die.... Sepanjang minggu ni abang long happy je. Bangun pagi dah gelak2, naik keta gi umah opah bila langgar bumper abang long gelak. Langgar lubang ke...maksudnye yg selain jalan yang lurus le. Gelak je manjang...geletek sikit dah gelak sekuat2 nye. Balik dari rumah opah pun sama. Panggil nama dah meleret senyum dia. Kalau panggil banyak2 kali abang long pun gelak gak.

Hem....sejuk perut ibu tengok abang long senang hati. Hilang segala stress kerja pejabat, kerja rumah & melayan kerenah adik2 abang long yang empat orang tu. Abang long selalu lah macam ni ye...jangan demam2, sihat2 je...gelak2 selalu. Ibu rasa, ni mesti sebab abah bawak jalan tiap2 minggu gi Alamanda & abang long dapat makan Nasi Ayam kan! Ibu yakin punyelah. Minggu ni kita ajak abah gi lagi ye abang long. Ibu pun dah lama tak makan nasi ayam tu. Minggu lepas abah tak order tuk ibu...order tuk abang long & acu je. Adik2 plak sibuk nak makan ikan keli...dah ibu kenalah teman adik2 makan nasi campur.

SAYANG ABANG LONG...muah3x

Selasa, 25 Januari 2011

Selamat Datang Azlina dari Bedong Kedah

Alhamdulillah, kini anda boleh dapatkan stok SDII anda daripada Azlina di Bedong kedah kerana Azlina baru je join sbg ahli & nak start menjual.

Selamat datang ke dalam keluarga kami. Azlina ni mula2 just beli tuk minum sendiri. Tp beliau maklumkan pada saya bahawa beliau dapat turun 5 kg dalam 3 minggu. Lepas tu kawan2 beliau tengok perubahan beliau & nak try SDII. So beliau terus join ahli & telah sedia ada buyer menanti untuk SDII yang beliau order.

So sape2 org kedah nak try boleh call Azlina 017-3080618

Khamis, 20 Januari 2011

SDII - Apa yang anda boleh & tidak boleh makan

Apa yang anda boleh makan?

SDII adalah program diet yang paling mudah dan murah diantara produk pelangsingan yang terdapat di pasaran.Yang paling penting ialah ada jaminan penurunan berat badan dan JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN.Jika tak percaya anda boleh bandingkan SDII dengan produk yang terdapat di pasaran.Tiada peraturan rumit untuk dituruti dan anda dijamin mencapai keberhasilan yang diidam-idamkan. Ianya hanya semudah SATU, DUA, TIGA..

SATU - Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II kedalam 200 - 250 ml air sejuk (Jangan gunakan air panas/suam!).


DUA - Kurangkan makanan berLEMAK/KARBOHIDRAT dan berGULA.

TIGA - Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijirin asli dan makanan laut. 4 gelas SDII sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.

(4x SDII = Pagi, tengahari, sebelum makan malam, dan sebelum tidur)

APA YANG ANDA BOLEH MAKAN?

(Digalakkan untuk makan)



AYAM

LEMBU

KAMBING

ITIK

IKAN

UDANG

KETAM

SOTONG

TELUR

SAYUR-SAYURAN BUKAN UBI

PRODUK SOYA

LOBAK MERAH (ELOK MAKAN MENTAH)

KEJU

AIR KOSONG / AIS




APA YANG ANDA TIDAK BOLEH MAKAN?

(Dilarang makan untuk kesan yang optimum!)



NASI

MEE

PASTA

ROTI

BISKUT

GANDUM

SAYURAN BERUBI

ALKOHOL

KAFEIN (KOPI/TEH)

MINUMAN RINGAN

MINUMAN RINGAN

MINUMAN DIET (SODIUM)

BUAH-BUAHAN

SUSU

GULA-GULA (MANISAN)

GULA


Anda masih boleh mengambil makanan-makanan yang dilarang ini secara sederhana sekiranya anda tidak perlu menurunkan berat badan dengan DRASTIK.
WALAUBAGAIMANA PUN Untuk kesan dan keputusan optimum, anda dinasihatkan untuk mengikut larangan ini...

Pal Lah Akan Hadiri TNP 23 Januari 2011 di KLCC

Sumber dari blog Wan Hamidi
















Untuk Makluman Semua, pada hari Ahad 23 Januari2011 jam 9pagi akan diadakan TNP (Training The New Professional) di KLCC Plenary Hall Tingkat 3 , ini adalah NTP kali pertama untuk tahun 2011.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri akan hadir sama untuk berkongsi cerita pengalaman beliau menggunakan produk Alpha Lipid Lifeline.
Semua orang yang dah bersara pasti mahu hidup SIHAT dan jauh dari penyakit. Alhamdulillah Pak Lah sendiri telah menjadi pengguna produk Alpha Lipid Lifeline.
Produk "World Class" seperti Alpha Lipid Lifeline memang telah terbukti amat berkhasiat dan telah pun dianugerahkan "Export Winner" oleh kerajaan New Zealand sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1999, 2003 dan 2004.

Jika anda ingin sertai sila hubungi saya 013-3951176

Alpha Lipid Di Utusan Malaysia


















Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk pengetahuan anda ALPHA LIPID kini diiklankan di akhbar Utusan Malaysia Jumaat 7hb Januari 2011. Satu IKLAN yang BESAR dua muka surat (page 24 dan 25), mengenai produk Kesihatan ALPHA LIPID LIFELINE disiarkan tajaan syarikat NZ New Image Sdn Bhd. kepada yang ada beli paper tarikh ini tapi tak perasan iklan ni cuba selak balik. Ini membuktikan produk Alpha Lipid adalah produk yang bagus dan InsyaAllah dapat memberi manfaat kepada penggunanya. Jika produk tidak bagus, pihak syarikat NZ New Image tidak akan berani mengeluarkan iklan ini. Dua muka surat besar pulak tu.

Isnin, 17 Januari 2011

Suka Duka Kami

Alhamdulillah....Kejohanan Pencak Silat Taming Sari telah berakhir. Dapat lah jual dalam 7 tin SDII. Sambil2 tu adela jual benda2 lain. So, bagi Zall's usaha masih akan diteruskan. Semalam hubby masih cuti, jadi adalah menjadi tugas hubby untuk beli stok SDII. Takut tetiba je orang nak karang tak cukup pulak stok do tangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis