Masih mencari kekuatan dalam kelemahan
Masih menggenggam harapan dalam kebenaran
Masih mencari sinar dalam kegelapan
Masih mengejar impian dalam kekalutan
Namun,
Masih hilang dalam terang
Masih gagal dalam kejayaan
Masih lemah dalam ketabahan
Masih menangis dalam kegembiraan
Adakah ini jalanMu untuk ku
Adakah ini takdirMu bagi ku
Adakah ini neraka & syurga ku
Adakah ini tawa & sedih ku
Adakah ini kejayaan & kegagalan ku
Adakah ini jatuh bangun ku
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Andai ini takdir ku
Aku terima
Andai ini hidup ku
Aku redha
Ya Allah Tuhan Sekelian Alam
Jadikan aku kuat
Jadikan aku tabah
Jadikan aku pasrah
Jadikan aku hambaMu paling bersyukur
Jadikan aku hambaMu paling berserah
Ya Allah Ya Tuhan ku
Sekiranya ada kasihMu
Sekiranya ada kasihanMu
Sekiranya ada rahmatMu
Engkau permudahkanlah
Engkau bantulah aku
Payungi aku dengan kasihMu
Jangan Engkau palingkan wajahMu dari ku
Hanya kepadaMU aku bermohon
Hanya kepadaMu aku berserah
Hanya kepadaMu aku kembali
Amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan