Pengikut - Terima kasih sahabat......

FAST RESPON

SMS @ Whastapp untuk respon segera
ruza 013-3951176
man 016-3618144

Rabu, 23 Mac 2011

Perjalanan Hubby Ku Dengan SDII

Kita sambung cite kita pasal hubby ruza & SDII. Bile je SDII diperkenalkan oleh Syarikat NZ New Image di pasaran Malaysia, ruza pun tak fikir panjang terus join dengan belian Alpha Lipid & SDII. Habis la gak dalam RM7000++. Tapi pulangan yang ruza dah terima sejak setahun yang lalu lebih dari modal ruza & selain itu, kesihatan untuk seisi keluarga.

Ok berbalik kepada hubby ruza, ruza minta hubby ruza try produk SDII ni. Yelah dah alang2 hubby nak turunkan berat. Mula2 tu memang hubby wat tak tau je. Ruza suruh minum tapi hubby wat dek jek. So pada suatu pagi, ruza pun buka tin ambik 2 skup SDII & campur dalam air sejuk & shake3x. Ruza kata: "Abang minum". Hubby ruza leh sengih je. Ruza kata: " Nah minum dah siap ni". Hubby pun dengan berat hati minum. Pelan2 hubby telan. Sejak hari tu, hubby ruza bawak tin SDII + Shaker + kordial sarsi F&N kemana2. Habis je 1 tin ruza suruh timbang. So balik kerja kami singgah la kat Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi & hubby ruza pun timbanglah kat timbang yang masuk wit 20sen. Jeng...jeng...jeng... hubby ruza punye suka la berat dah jadi 83kg masa tu. Hubby kata berat terakhir yang hubby ruza tau 99kg. So berapa banyak penurunan tu? Kira la sendiri.

Lepas tu setiap kali habis 1 tin ruza akan minta hubby timbang. Penurunan setiap 1 tin dalam 2-4 kg. Last sekali berat yang hubby ruza idam2 kan 74 kg tercapai pada bulan Mei 2010. So, hubby ruza start ambil SDII pada pertengahan bulan Februari 2010 & hubby ruza berhenti mengambil SDII pada awal Mei 2010. Sehingga kini pada Mac 2011 berat hubby ruza masih maintain.

Sepanjang hubby ruza amalkan SDII hubby ruza banyak makan ayam goreng (kat kedai mamak, ruza goreng @ KFC tanpa buang kulit & cecah sos cili life- kalau nak tau masih banyak karbo dalam hidangan tu tapi hubby ruza masih boleh turun berat 2-4 kg dengan setiap tin SDII), sotong goreng, nugget, hotdog, kerepek pisang, keropok, biskut. Minuman yang hubby ruza suka minum air sejuk, teh tarik, teh o ais limau @ teh limau panas.

Anak2 ruza & kawan2 hubby ruza kata kurusnye hubby ruza. Dulu perut jalan ke depan aka boroi. Sekarang boleh pakai baju tight2 sebab perut dah x de.

Selepas tu, hubby ruzalah penyumbang terbesar pendapatan ruza dalam bisnes ni. Sebab ramai kawan2 hubby ruza yang try. Tapi kebanyakan mereka tak konsisten sebab masalah ....duit la apalagi. Walauapapun ruza masih bersyukur sebab masih ada rezeki. Kadang2 Allah bagi banyak...kadang2 Allah bagi sedikit. Kita? Bersyukur...Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis