Beberapa cara dan petua hilangkan masalah perut buncit. Lakukan dengan konsisten dan bertindak sekarang untuk mengembalikan keunikan imej kamu. Jika bukan sekarang, bila lagi?
1. Air lemon panas
Bagi yang tidak tahu, antara kebaikan air lemon ialah melancarkan sistem pencernaan, membakar kalori di perut dan meningkatkan metabolisme tubuh.
2. Elak atau kurangkan makanan masin
Percaya atau tidak, terlalu banyak garam dalam tubuh akan menyebabkan lemak makanan masin tersekat dan berkumpul di perut kerana air terhalang untuk melancarkan proses pencernaan.
3. Elak makan pada lewat malam
Kebiasaannya, selepas makan malam kita akan terus tidur. Ini sebenarnya akan menyebabkan lebihan gula dari makanan terutama nasi yang diambil ditukarkan kepada lemak. Semasa tidur, badan tidak akan membakar lemak di perut.
4. Makan dengan kadar sedikit
Ramai yang tahu tapi belum mampu menahan tabiat ini. Mengambil makanan berlebihan mampu menjadikan kamu mudah naik berat badan lebih-lebih lagi jika kadar metabolisme tubuh sangat rendah.
Lebih kronik, tabiat kamu yang tidak suka melakukan senaman kardio seperti joging, berjalan atau menaiki tangga akan menyebabkan masalah ini tidak selesai.
5. Ambil susu rendah lemak
Pengambilan susu memang bagus untuk kesihatan tubuh tapi perlu ingat, ia juga kaya dengan lemak. Justeru, elak mengambil susu yang tinggi lemak dan makanan seperti keju atau yogurt.