Alhamdulillah...bulan demi bulan saya melalui rutin kerja yang sentiasa sibuk hingga tak punya masa untuk update blog. Ditambah dengan pelbagi masalah melibatkan gajet-gajet saya.
Namun, memang rezeki itu dari Allah...masih tak putus yang mengunjungi blog ini dan sudi order dari saya. Serata Malaysia saya pos...Alhamdulillah perkhidmatan kurier pun tak membawa masalah. Semua tiba ke tangan pengorder dengan jayanya.
Doakan saya semakin cekal dalam bisnes sampingan ini. Semoga ia memberi pengalaman yang bermakna untuk saya disamping memberi tambahan wang untuk keluarga.
Buat peniaga-peniaga online diluar sana...teruskan usaha murni anda. Semoga kejujuran dan niat murni anda membuahkan hasil.
Buat pembeli baru, jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak. Kami hanya mencari rezeki halal. Jika ada peniaga menipu itu adalah sikap mereka yang sememangnya buruk. Tapi bagi kami yang ikhlas dan jujur dalam berniaga ...jangan di samakan kami dengan mereka. Peniaga offline pun ada yang menipu jugakan.
In sya Allah sehabis baik saya cuba tangani sebarang masalah yang timbul cuma saya perlukan kerjasama pembeli agar percaya kepada saya.
Untuk akhirnya, doa saya agar kita beroleh manfaat dari semua perkara yang berlaku dalam kehidupan sama ada offline atau online.
Sehingga bertemu lagi
Ruza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan