- Jaga kebersihan tubuh dengan mandi dua kali sehari dan berikan perhatian yang lebih pada bahagian tubuh yang sering menimbulkan bau seperti ketiak, kaki, punggung dan pangkal paha
- Cukur bulu ketiak kerana ia berperanan dalam pertumbuhan bakteria terutamanya apabila tidak bersih. Pakai baju yang sejuk, menyerap peluh dan jika anda termasuk dalam golongan orang yang berpeluh secara berlebihan maka, tukarlah baju secara teratur beberapa kali sehari.
- Gunakan antiperspirant untuk mengurangkan peluh kerana kuman tidak akan tumbuh sekiranya persekitarannya kering. Deodorant juga boleh digunakan sebagai alternatif sebagai anti bakteria.
- Selain itu, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa dara yang mengandungi lauric acid yang dapat mencegah bau busuk yang disebabkan kuman.
- Ambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan minum banyak air serta kurangkan makanan yang sukar dicerna seperti daging. Makanan yang mengandungi kadar sulfur yang tinggi juga perlu dikurangkan seperti bawang putih dan telur. Kurangkan makanan pedas, makanan berlemak dan minuman berkafein.
- Berhenti merokok.
- Stabilkan emosi, cuba rileks kerana keadaan psikologi juga turut mempengaruhi penghasilan peluh.
Semoga Bermanfaat!!!!
Untuk order AlphaLipid SD2 @ Lifeline sila hubungi HOTLINE 013-3951176.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan