Pengikut - Terima kasih sahabat......

FAST RESPON

SMS @ Whastapp untuk respon segera
ruza 013-3951176
man 016-3618144

Sabtu, 18 Januari 2014

Makanan Manis Merbahaya

Makanan yang manis dan enak sememangnya berbahaya kepada kesihatan. Hasil kajian mendapati, pengambilan makanan yang manis sama bahayanya dengan merokok.

Seorang pakar kesihatan, Simon Capewell dari Universiti Liverpool, England berkata: Pengambilan makanan manis mempunyai hubungan dengan peningkatan berat badan dan obesiti.Walaupun gula tidak mengandungi lemak, namun ia menaikkan berat badan seseorang.

Dalam laporan Medis Xpress, Capewell mendapati, obesiti mempunyai hubungan dengan berjuta-juta kematian akibat penyakit jantung dan diabetes setiap tahun. Hal itu boleh dicegah dengan mengurangkan penganbilan makanan dan minuman yang mengandungi gula.

Anda boleh juga singgah ke FB kami utk makluman berkaitan supplement menurunkan berat, membuang toksin, supplement kesihatan:

https://www.facebook.com/pages/Alpha-Lipid-SD2/113428338688988

https://www.facebook.com/pages/Isagenik/426831107417387

https://www.facebook.com/pages/ELKEN-DX-Lingerie/136233466564093


HOTLINE 013-3951176

Tips Hilangkan Bau Badan

  • Jaga kebersihan tubuh dengan mandi dua kali sehari dan berikan perhatian yang lebih pada bahagian tubuh yang sering menimbulkan bau seperti ketiak, kaki, punggung dan pangkal paha
  •  Cukur bulu ketiak kerana ia berperanan dalam pertumbuhan bakteria terutamanya apabila tidak bersih. Pakai baju yang sejuk, menyerap peluh dan jika anda termasuk dalam golongan orang yang berpeluh secara berlebihan maka, tukarlah baju secara teratur beberapa kali sehari.
  • Gunakan antiperspirant untuk mengurangkan peluh kerana kuman tidak akan tumbuh sekiranya persekitarannya kering. Deodorant juga boleh digunakan sebagai alternatif sebagai anti bakteria.
  • Selain itu, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa dara yang mengandungi lauric acid yang dapat mencegah bau busuk yang disebabkan kuman.
  • Ambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan minum banyak air serta kurangkan makanan yang sukar dicerna seperti daging. Makanan yang mengandungi kadar sulfur yang tinggi juga perlu dikurangkan seperti bawang putih dan telur. Kurangkan makanan pedas, makanan berlemak dan minuman berkafein.
  • Berhenti merokok.
  • Stabilkan emosi, cuba rileks kerana keadaan psikologi juga turut mempengaruhi penghasilan peluh.

Semoga Bermanfaat!!!!

Untuk order AlphaLipid SD2 @ Lifeline sila hubungi HOTLINE 013-3951176.

Ahad, 12 Januari 2014

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA



Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Selasa, 7 Januari 2014

Makanan Untuk Tingkatkan Metabolisma


Makan akan memerlukan tenaga yang tinggi jika anda bijak memilih makanan. Terdapat empat jenis makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh anda untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.

  1. Makanan kenyal seperti daging, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalori dari makanan ini akan membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja anda menyuap masuk ke mulut anda.
  2. Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, bijirin penuh, dan serat. Selain sifatnya yang kenyal, makanan seperti ini juga kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya.
  3. Makanan pembekal tenaga seperti kopi, teh, dan dark chocolate. Anda boleh meningkatkan metabolisme anda dengan kopi dan teh; cuma perlu berhati-hati supaya tidak mengambil susu, creamer dan gula secara berlebihan. Teh hijau tidak mengandungi jumlah kafein yang tinggi tetapi ia kaya dengan catechins, sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4%, iaitu lebih kurang 80 kalori setiap hari. Dark chocolate pula mengandungi catechins dan kafein, tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan.
  4. Makanan yang ‘panas’ seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih, cuka dll. Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan. Ia juga boleh membantu membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan metabolisme sehingga 12%.

Semoga bermanfaat
Hotline 013-3951176

Ahad, 5 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Alhamdulillah....masih ada peluang untuk kita bertemu dengan tahun 2014. Apa azam anda utk tahun ini? Apa pun azam anda ruza ucapkan semoga anda berjaya. Semoga Tahun 2014 ini bakal memberikan anda kejayaan yang anda ingin kecapi.

Ruza juga turut menanamkan azam baru. Tapi ruza mulakan tahun baru ini dengan urusan anak sekolah. Anak ruza yang keempat dah masuk Darjah Satu. Sorang lagi anak ruza dah besar. Alhamdulillah...dia anak yg baik tak banyak menyusahkan ruza. Jumpa je kawan baru terus semangat untuk datang ke sekolah. Semoga menjadi anak yang pandai & cemerlang dunia & akhirat...ameen!

Kini urusan anaksekolah dah selesai...maka bermulanya misi memburu impian. Meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kedai maya ruza juga telah dibuka untuk sepanjang tahun 2014 ini untuk anda yang berhajat mendapatkan stok Alpha Lipid SD2 atau Alpha Lipid Lifeline. Hubungi HOTLINE ye 013-3951176.

Mana-mana yang berhajat utk mendapatkan wang sampingan, jangan malu2 hubungi ruza. Ruza akan guide anda. Ambil peluang ini utk tambah wang simpanan. Ruza tunggu ye...

SELAMAT TAHUN BARU 2014




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis