Ramai yg masih lg tak faham dgn penurunan yg di maksudkan apabila kite berdiet.. Sbnrnya berat seseorg tidak blh di ukur hanya dgn jumlah kilo shj kerana berat dlm kilo seseorang terdiri drp berat tulang, berat air, berat lemak dan berat daging.. Ini adalah berbeza utk setiap individu..sbb tu ahli bina bdn mempunyai jumlah berat dlm kilo yg sgt tgi wpun bdnnya kecil kerana jisim ototnya sgt tinggi.. Jd adalah sgt penting bg seseorang yg serious ingin menurunkan brt bdn mengambil ukur lilit bdn mereka sblm melakukan sebarang diet..bkn hanya berpandukan nombor yg tertera di mesin penimbang anda..
1. Berat Air
Tahukan anda bahawa badan anda mengandungi kira-kira 60 peratus air dan selebihnya adalah otot dan beberapa tisu yang lain. Bagi seorang lelaki yang beratnya 100kg bermakna dia telah membawa sebanyak 60kg cecair dalam badannya yang majoritinya adalah darah anda.Badan anda bekerja keras untuk mengekalkan keseimbangan pengagihan air dan mengambil kira tentang pengambilan dan perkumuhan yang kita lakukan. Sistem ini berbeza bergantung kepada pelbagai faktor, seperti fasa haid, kadar pengambilan cecair dan senaman.
Sesetengah orang lebih sensitif kepada turun naik berat air daripada yang lain. Apabila anda bersenam untuk kali pertama atau cuba bentuk baru aktiviti fizikal, gentian otot boleh menjadi bengkak dan radang. kebengkakan dan keradangan ini menyebabkan ketidakseimbangan air secara sementara. Bengkak yang merangsang ini sakit akan mula dirasai selepas 12 hingga 48 jam anda bersenam. Kesakitan dan bengkakakan hilang apabila anda melakukan senaman yang sama berulang-ulangkali. Kebengkakkan ini juga meyumbang kepada peningkatan berat badan ataupun anda merasai seperti penurunan berat badan terhenti.
2. Lemak Kurang Padat Berbanding Otot
Yang mana satu lebih berat? : satu paun otot atau satu paun lemak? Ini adalah soalan trik. Sudah tentu, satu paun dengan satu paun sama beratkan! Tetapi lemak dan otot mempunyai ketumpatan yang berbeza, dan oleh itu berbeza segi jumlah. Dalam erti kata lain, lemak mengambil ruang yang lebih daripada jumlah yang sama dengan otot. Ini bermakna otot mengambil ruang 18 peratus kurang daripada lemak.Itulah sebabnya mengapa dua orang yang berat yang sama boleh kelihatan sangat berbeza, bergantung kepada berapa banyak lemak dan otot masing-masing punyai. Ini adalah juga sebabnya mengapa anda perlu menilai progres penurunan berat anda melalui kehilangan inci, longgarnya pakaian anda dan perubahan takuk lubang pada tali pinggang anda.
3. Penurunan berat Badan Itu Tidak Selalunya Dalam Garisan Lurus
Kebanyakan proses badan kita tidak selalunya berada dalam garisan lurus. Sebaliknya, badan kita akan melalui fasa cepat, lambat dan stagnant (tetap). Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur11 tahun tidak semuanya sama tinggi. Ada yang rendah, sederhana malah ada yang 3-4 inci lebih tinggi daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Penurunan berat badan juga tidak terkecuali. Pepatah Inggeris “two steps forward, one step back” diharapkan dapat membantu anda memahami makna yang ingin saya sampaikan ini.
Tiada penurunan berat badan selepas beberapa ketika merupakan satu proses semulajadi dalam proses penurunan berat badan. Dalam kebanyakan kes ia akan kembali kepada keadaan asal semula (ketika anda mengalami penurunan yang sekata) selagi anda tetap dalam proses penurunan berat badan.
4. Menghampiri Berat idaman Anda
Semakin anda menghampiri berat idaman anda, badan anda mula untuk "mempertahankan" terhadap kehilangan berat badan selanjutnya. Jika anda tingin kehilangan 20kg daripada berat badan anda, 10 kg yang pertama akan kelihatan sangat mudah. Kg yang seterusnya biasanya akan mengambil masa yang lama, dan memerlukan disiplin yang lebih.Yang penting adalah untuk bersabar dan membolehkan diet anda memperlihatkan `sesuatu' untuk anda.
(thanks to Rozi Slim Diet tuk info ni)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan