Pengikut - Terima kasih sahabat......

FAST RESPON

SMS @ Whastapp untuk respon segera
ruza 013-3951176
man 016-3618144

Rabu, 23 Februari 2011

Alpha Lipid - Breakfast Drink For Smart People

Alpha Lipid Lifeline adalah pemakanan semulajadi yg memang amat berkhasiat dan lengkap untuk keperluan seharian diet manusia.




Ia dipasarkan sebagai "BREAKFAST DRINK FOR SMART PEOPLE".

Bagaimana mengambilnya?

Cara pengambilannya ialah 1 1/2 scup dicampur dgn air sejuk dan digoncang dalam shaker. Goncang sehingga menyatu dan berbuih.

Bila perlu ambil Alpha Lipid?

Seelok-eloknya sewaktu perut kosong...biasanya dicadangkan minum selepas subuh sebagai minuman sarapan pagi (breakfast drink).

Pantang larang?

Tiada pantang larang jika anda ambil Alpha Lipid, kecuali JANGAN CAMPUR dgn AIR Panas.

Campur dgn air sejuk atau air mineral biasa.

Rasanya?

Jika dicampur dan digoncang elok ia akan mempunyai rasa seperti AIS KRIM vanila yg cair...sedap...tidak pahit pun.

Sama ke dgn susu biasa?

Tidak Sama...Kolostrum adalah susu awal lembu yg mula-mula keluar dari kelenjar susu ibu yg baru melahirkan anak.

Untuk siapa/peringkat umur?

Oleh kerana ia adalah semulajadi, Ia sesuai untuk semua peringkat umur dari ibu mengandung, bayi, kanak-kanak, orang dewasa hingga orang lanjut usia.

Saya makan ubat, boleh campur dgn Alpha Lipid?

Boleh...Alpha Lipid adalah bukan ubat, ianya makanan semulajadi seperti juga nasi, roti, susu dll. So ianya boleh dimakan bersama ubat-ubatan. Tiada tindakbalas antara kandunggan Alpha Lipid dengan ubat-ubatan.

Bagus ke Alpha Lipid ni?

Kalau tak bagus takkanlah produk ni kami jual dah berpuluh ribu tin setiap bulan... Alpha lipid bukan ubat, jadi ia tak akan overdose.. kita ambil 10 scoop pun selamat.. selamat seperti kita minum susu biasa..

Kat mana saya boleh dapatkan Alpha Lipid ni?


Untuk mereka yang berminat nak mencuba Alpha Lipid ini anda boleh hubungi Ruza (013-3951176).. Anda boleh rasa sendiri kehebatan produk kesihatan ini..

Tak cuba tak tahu.. Dah cuba nak selalu..

Ahad, 20 Februari 2011

Perjalanan Hubby Ku Dengan SDII (I)

Kali ni ruza nak cite tentang perjalanan hubby ruza start dari dia guna SDII. Lama nak cite ni tapi asyik terlupa je. So sape2 yang belum percaya dengan SDII bolehla membaca cite hubby ruza ni.

Mula2 ruza join bisnes ni sebab Abang Long... bila New Image memperkenalkan Slim Diet II, ruza cadang nak bagi hubby ruza jadi testimoni sebab ape??? Mesti nak tau kan!!!!

Hubby ruza masa di saat2 kami bercintan cintun berat dia dlm 70kg lebih sikit je sebab hubby kena maintain berat. Masa tu hubby bersukan so kalau tak maintain berat hubby terkeluar dari kategorinya. So selalu hubby pastikan berat tak lebih 74kg.

Lelama tu kami dah lalui zaman bertunang, berkahwin & jd ibu abah pada anak2 kami. So hubby pun makin berumur....sukan dah tak aktif sebagai atlet tapi masih aktif sebagai tenaga pengajar. Tanpa disangka2 berat semakin naik dan naik dan naik tak turun2.

Hubby ambil langkah mencegah...ambil Teh Orang Kampung. Ok la berat de turun tapi tang ke tandas tu yang tak larat. Kejap2 jumpa cik 't'. Sampai kerja lain tak leh nak buat. Banyak kali gak hubby ruza beli teh ni.

Pastu try diet sendiri, catu makan & tak makan pun ade. Nak jadi cite....sampai masuk angin & muntah2 hijau lagi. MC la apalagi. Ni pun de dua tiga kali kena. Sampai mak & abah marahlah sebab dah kira aniaya diri nak kurus punye pasal.

Lepas tu...isteri kesayangan yang tahap suka melawan ni nak lah buat bisnes dengan New Image. Bukan sebab termakan kata2 kawan...tapi sebab fikir anak bujang seorang yang istimewa lagi tersayang nak minum. So ruza ni ala2 tak banyak modal tuk belanja beli susu Alpha Lipid tuk Abang Long RM180 tiap2 bulan. Itulah sebab nak join bisbes ni.

Namun, berkat melawan hari tu...dapatlah jugak income sikit2 sambil menyihatkan seluruh ahli keluarga dan dapat gak hubby tersayang mendapatkan berat masa bujang dulu. Hem..hem..

(Bersambung......)

Khamis, 17 Februari 2011

Selamat Datang Nooraslieza

Zall's nak ucapkan selamat datang kepada member terbaru dari Pekan Pahang...Nooraslieeza.
Alieza beli 4 tin SDII dengan keahlian. Mana tau tergerak nak wat biz nanti leh calling2 kami yer.


Alieza dpt freegift tupperware & shaker.

Rabu, 16 Februari 2011

Uji Karbohidrat Anda Dengan Ketostik






Jadual Keputusan Keto Sticks

Jika keputusan (perubahan warna) menunjukkan: (Rujuk Jadual Keputusan Keto Sticks )

Putih (Negative) - Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda.

Merah sangat muda (Trace) - Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal.
Merah muda (Small) - Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat / pemakanan anda adalah betul.

Ungu muda (Moderate) - Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air.
Maroon / Ungu (Large) - Ketosis terlalu tinggi dan tubuh anda amat memerlukan air dan anda perlu mengambil karbohidrat dalam diet anda.


KETO STICKS

Slim Diet II adalah satu program/pelan diet yang berasaskan kepada Ketosis iaitu proses semulajadi pembakaran lemak kepada tenaga. Oleh itu, tahap pembakaran lemak kepada protein boleh diukur dengan menggunakan Keto Sticks (contoh seperti dalam gambar di atas). Masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan adalah pada hari ke-3 hingga hari ke-7 anda mula mengambil SDII.

Caranya: lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Keto Sticks ke dalam air kencing selama 1 - 2 saat. Pastikan bahagian depan Keto Sticks yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya. Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Keto Sticks.

ANDA BOLEH DAPATKAN KETOSTIK DARI KAMI!!!!!

Konsep Slim Diet II

‘PROTEIN SPARING MODIFIED FAST’


(Ketogenic Diet)

Konsep Protein Sparing Modified Fast adalah suatu konsep selamat yang telah dibangunkan oleh dua doktor di Harvard Medical School melalui kajian yang terperinci (Dr George Cahill dan Dr George Blackburn).

Kebanyakan pelan diet bertumpu kepada pengurusan pengambilan kalori yang mana pada hari ini terbukti kurang berkesan malah ada pengguna yang akhirnya mengalami masalah kegemukan lebih teruk daripada sebelum mengikuti pelan diet tersebut.



CIRI-CIRI PELAN DIET YANG BAIK (SLIM DIETII)

PROTEIN YANG MENCUKUPI

Protein yang mencukupi akan memastikan badan tidak akan bekerja keras untuk melindungi fungsi hati, paru-paru dan otak. Slim Diet II mengandungi kandungi protein maksimum dan kalori yang minimum. Secara idealnya, pengambilan Slim Diet II hendaklah disertai dengan pengambilan 1 gram protein bagi setiap kg berat badan yang ideal.


Contoh Keperluan Protein Badan:

Jika berat badan anda ialah 80kg, sedangkan berat badan ideal anda ialah 60kg, maka anda perlukan 60gram protein setiap hari. Dalam program diet SDII, sukatan SDII yang diambil mengikut arahan mengandungi 40gram protein. Oleh itu, anda memerlukan 20gram protein lagi dalam diet harian anda!



ESSENTIAL FATTY ACID (EFA) YANG MENCUKUPI

EFA = Omega 3 & Omega-6
EFA adalah penting utk memastikan badan dapat menyimpan vitamin-vitamin yang mampu menyerap lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K.

MINERAL DAN VITAMIN YANG MENCUKUPI

Vitamin dan mineral adalah merupakan kandungan utama SDII. Empat hidangan SDII sehari cukup untuk memastikan badan menerima sekurang-kurangnya amaun minimum vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang diperlukan badan.

AIR YANG MENCUKUPI

Minimum air diperlukan badan = 2 liter sehari.

Apabila seseorang diet, akan berlaku perubahan struktur dalam tubuh. Gangguan akan berlaku terhadap jaringan lemak sedia ada dalam tubuh yang mana lemak-lemak ini perlu dinyahkan dari tubuh tanpa mengakibatkan fungsi hati dan buah pinggang terganggu dengan aktiviti melampau. Untuk itu, potassium diperlukan utk melindungi fungsi buah pinggang (1 – 2 gram sehari).

Cadangan makanan diambil bersama Slim Diet II untuk menangani perkara ini; pengambilan salad yang mengandungi 2 mangkuk daun salad (lettuce), 1 cawan timun, 1 tangkai seleri, ½ buah tomato sederhana dan cuka epal. Salad ini tinggi kandungan potassium.

FIBER YANG MENCUKUPI

Adalah amat penting untuk buang air besar setiap hari. Salad yang diambil setiap hari juga turut membantu memastikan perkara ini. Umumnya, manusia kekurangan fiber boleh larut (soluble fibre) dalam diet harian mereka. Pengambilan fiber dalam pelan diet SDII adalah penting. Walaubagaimana pun, pengambilan buah-buahan adalah termasuk dalam makanan yang harus dikurangkan/dielakkan sewaktu mengamalkan SDII kerana kandungan fruktosanya yang sangat tinggi.

SENAMAN YANG MENCUKUPI

Berjalan selama 20 – 30 minit setiap hari sudah memadai untuk membantu memecahkan kalori. Walaubagaimana pun, kadar senaman hendaklah bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Sekiranya anda seorang yang mempunyai masalah kesihatan, memadailah dengan berjalan di permukaan yang rata atau gantikan saja dengan senaman lain seperti renang.


KARBOHIDRAT YANG TERKAWAL

Makanlah makanan yang ada dalam senarai yang dicadangkan/dibenarkan sahaja. Sesungguhnya mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah suatu cabaran yang amat berat.


Terdapat 2 jenis karbohidrat;


1. Karbohidrat yang biasanya terkandung dalam makanan berwarna putih, bergula dan berkanji seperti nasi, gandum, roti, pasta, gula dan buah-buahan (Buah termasuk dalam kategori ini kerana kandungan fruktosanya yang sangat tinggi). Bahan-bahan ini dimetabolismakan oleh badan dengan sangat mudah yang mana akhirnya mengekalkan lemak.

2. Karbohidrat kompleks yang mana badan memetabolismakannya dalam peringkat yang sama seperti pembakaran tenaga. Contohnya sayuran hijau. Oleh itu, sebagai hidangan harian utama sewaktu mengambil SDII, 5 cawan sayuran hijau yang dimasak mengikut suka dengan tambahan protein adalah sangat mencukupi!

Khamis, 10 Februari 2011

Tsunami Obes Melanda Dunia

Paris: satu obesiti tsunami kini melanda dunia ekoran bilangan golongan dewasa yang gemuk meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980 kata beberapa doktor semalam.

Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard, Imperial College London dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih separuh billion lelaki dan wanita kini didapati obes.

Berdasarkan perangkaan itu, hampir seorang bagi setiap sembilan orang golongan dewasa tergolong dalam kategori gemuk.

Menurut WHO, berat badan berlebihan akan menyebabkan 3 juta orang mati setiap tahun kerana penyakit kanser, diabetis, jantung dan penyakit lain.

Masalah itu berlaku di negara-negara maju dengan kebanyakkan berlaku di Amerika Syarikat (AS) diikuti New Zealand dan Australia bagi golongan wanita. Golongan lelaki yang gemuk kebanyakkan terdapat di Britain dan Australia - AFP

(sumber dr: KOSMO Sabtu 5 Februari 2011 m/s-46)

Oleh itu, kita hendaklah berhati2 menjaga berat badan & pemakanan nita agar tidak tergolong dalam golongan obes & berisiko untuk mati kerana kanser, diabetis, jantung & penyakit lain.
LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI.

Alpha Lipid boleh membantu anda mencegah & mengubati.
Slim Diet II pula dapat membantu anda keluar daripada golongan obes.

Boleh hubungi saya 013-3951176

Isnin, 7 Februari 2011

Tempat Bisnes Presentasi Baru

Pengumuman!!!

Bisnes Presentasi (BP) di KL setiap hari Rabu akan berpindah bermula 9 Febuari 2011, akan diadakan di WISMA GETAH ASLI (LGM), Tingkat 2, Depan KLCC.


(juga dikenali Bangunan Getah Asli)

Harap maklum ye....

Selasa, 1 Februari 2011

Suka Duka Kami

Sebelum kami diperkenalkan kepada Alpha Lipid oleh rakan baik kami Fajar & Nazri ( thanks ja & nazri sbb memberi sedikit harapan kpd kami yang sudah lama tidak mengharap) Haziq hanya melalui hidupnya yang biasa tanpa ada perubahan ape2. Fisioterapi masih dijalankan setiap minggu jika tak de aral. Kalau tidak pun sebulan 2 kali kami akan bawa Haziq.

Tapi kini, Haziq mampu meniarap, berpusing2, tendangan yang semakin kuat, tubuh yang semakin sihat (kalau tak dulu asyik demam je), nampak Haziq semakin gembira. Kalau Haziq gembira ibulah insan yang sangat gembira. Haziq suka kalau ibu main2 dengan Haziq. Terutamanya main geletek2, mau Haziq gelak terbahak2 sbb geli sesangat. Ibu suka dengar tiap bunyi tawa Haziq. Ibarat terisi semua kegembiraan yang ada di dunia ini.

Kami masih ada harapan yang kami akan cuba tunaikan. Kami ada impian yang kami cuba capai demi Haziq. Demi masa depan Haziq. Demi kesenangan Haziq. Tapi kekadang terlintas di fikiran...bagaimanakah kamu Haziq bila ibu & abah tiada??????

Hemm...airmata kami akan dikesat cepat2 kerana kita sebagai manusia perlu terima suratan yang Allah Maha Pencipta tentukan dengan redha. Jangan sesekali menyesali kejadian Allah. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah. InsyaAllah akan ada jalan yang terbuka untuk setiap masalah. Thinking positive. Andai kami susah...masih ramai lagi orang yang susah daripada kami dalam membesarkan anak2 yang istimewa.

Betulkan apa ibu cakap Abang Long... andai Abang Long boleh membalas tiap bait percakapan ibu. Ape agaknye yang mula2 Abang Long akan cakap????

"IBU!!!! Along sayang ibu"
(Entah bila ucapan yang satu ini dapat ibu dengari. Mungkin disyurga!!!! Amin.)

"Ibu sayang Haziq juga.... hehehe sapa tak sayang anak yang lahir dari rahim kite, yang kita kandung 9 bulan 10 hari. yang terhasil dari benih cinta kite.

Haziq aka Abang Long

Abang Long buat apa malam tadi? Kan ibu dan tutup pintu cuma  tak rapat. Memang ibu dah berjaga2 sekarang ni sbb Abang Long dah makin lasak & ligat. Tup2 malam tadi Abang Long menunjukkan kehebatan. Alhamdulillah Allah tidak menetapkan kejadian buruk. Kalau tidak mungkin...... Ish kecut perut ibu memikirkannya.

Abang Long boleh bergerak dari bilik Abang Long yang terbuka sedikit sbb ibu nak bagi cahaya lampu masuk ke bilik adik2 kat sebelah. Ibu dengar Abang long tendang pintu. Ibu ingat pintu bilik Abang Long yang dah tertutup sbb kena tendangan Along & Along tambah lagi dengan tendangan demi tendangan. Bila ibu jenguk.... rupa2nye Abang Long tendang pintu bilik adik2. Abang Long dah ade kat dalam bilik adik2. Macam mane Along masuk dalam bilik adik? Musykil2.

Bila ibu cerita kat adik2 sume nak tgk Abang Long yang duk ade depan pintu bilik diorang.
Adik Amna kata: "Ibu! Abang Yong dah masuk bilik na..."
Ibu jawab:'Haa...camne? Ibu pun tak tau"
Adik Naili kata:"Yong lik" (Along kat bilik)
Adik Humaira & Dinie kata: "Ape bu? abang Long dah sampai bilik kitaorang"
abah pun angkat Abang Long masuk bilik & kata: " Macama mana Abang Long sampai bilik adik2 ni. Abang Long janganlah lasak2 bahaya.
Ape reaksi abang Long. Sengih memanjang.....
Sekarang ibu kena tutup pintu Abang Long rapat2 supaya Abang Long tak keluar dari bilik. Abang Long boleh pusing2 je dalam bilik Along. Nak keluar nanti ibu & abah bawak gi jalan2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis