Hemmm....ibu tengah risau ni. Abang long makin lasak. Habis lebam2 lutut along ke tiles lantai. Mana taknye abang long asyik meniarap je. Pastu cuba2 nak maju ke depan. So macam mane ibu nak buat ni. Nak halang abang long meniarap macam mana pulak. Takkan nak ikat along..hehehe. Karang jadi penderaan pulak. Tapi tu la, sian tengok kaki along asyik lebam je. Opah pun cite benda yang sama.. katanye abang long tak nak duk diam atas toto, tau2 dah de kat lantai.
Ibu tak pernah dah berharap along boleh duduk & berjalan. Tapi... harapan ibu macam ade je. Sebab along dah boleh meniarap, so tinggal ajar along maju je la. Mungkin kerana along minum Alpha Lipid maka lebih cepat proses pemyembuhan along (Amin). Kalau susu Alpha Lipid sampai kat ibu masa Along baby tentu... Ah ibu ni kan semua takdir Allah. Sekarang ibu kena fikir macam mana nak bagi abang long dapat kesan maksimum di samping terus jalankan fisioterapi untuk along.
Ya Allah... andai ade ihsan kepada hamba-Mu ini bantulah aku cari jalan keluar @ berilah aku kemudahan menangani anak istimewa ini. Doa sama2 ye Abang Long. Muahh... sayang along.
Setiap kali ibu rasa terbeban, setiap kali ibu rasa susah hati, setiap kali ibu rasa macam2 rasa yang menyesakkan jiwa & raga ibu.... ibu pandang along. Tersimpan seribu hikmah pada kejadian along. Kewujudan along dalam hidup ibu memberi ibu harapan...mungkinkah along yang bakal membawa ibu & abah ke syurga tapi ada juga ketakutan....mungkinkah kerana along ibu & abah terjebak ke neraka. Ini selalu yang memberi ibu peringatan. Sebab tu ibu kata kejadian along ade hikmah. Orang lain mungkin akan selalu lalai & alpa sebab tak sedar. Tapi ibu akan selalu ingat setiap kali ibu memandang along......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan