22/11/10
Lama x tulis cite psl along. 2 hari along demam. Puas agaknye badan menahan bg x demam. Tp sebab ibu demam dulu, pastu adik2 sorang2 demam...last2 along demam juga. Hem...sedih ibu tengok along demam. Makan tidak, minum tidak tp asyik muntah je. Keje ibu la kan kasi cuci kain lapik along & baju2 along yang kena muntah. Ari ni along dah sihat. Dah boleh mkn nasi lemak. Along bawak bekal nasi lemak pegi rumah opah. Adik2 la mintak tu. Tak pe along kan suka nasi lemak. Along jaga diri tau jangan bagi demam lagi. Ibu cukup susah hati kalau along demam. Ibu takut tak jumpa along lagi. IBU SAYANG ALONG....SIHAT2 YE.
Along demam sampai x dapat rasa kek yang abah beli tuk besday ibu. kalau x selalu alonglah yang abiskan kek yang ade sbb along suka sangat makan kek. Adik2 dah habiskan kek ibu tu abang long. Tp x pe abang long jgn risau. Tahun depan besday adik2 bakal menyusul & berderet2 plak 2. Nanti along mkn kek besday adik2 ye.
25/10/10
Sepatutnya sabtu ari tu nak bawak along pegi reunion ibu, tp abah x kasi. So Ibu & adik2 je pegi kat Kelab Tasik Putrajaya. Kalau tak boleh ibu upload gambar terbaru along. Tapi tak pe along mesti gembira sebab abah bawak abang long pegi makan nasi ayam kegemaran along kat Alamanda. Abah kata along makan banyak tingal 2/3 suap je tak abis.
18/10/10 Selasa
Hari ni tak de cerita pasal abang long. Hari ini ibu nak ucapkan terima kasih kepada abang long kerana abang long lah ibu & abah buat bisnes ni. Tak sangka ia memberikan pendapatan sampingan untuk ibu & abah. Terima kasih abang long. Teruskan doa abang long agar pendapatan ibu & abah semakin bertambah. Nanti bolehlah ibu & abah bawak abang long jalan2. Abang long sukakan pergi jalan2. Nanti ibu & abah bawak naik feri ke, kapal terbang ke, kapal laut ke.... doakan ibu & abah selalu tau. SAYANG ABANG LONG.
12/10/10 Selasa
Abang Long ngantuklah ibu....tup2 balik dari umah opah jam 8.30 mlm along dah tido. Cepat betul tidonye. Tapi tak pe along tak susahkan ibu. Terima kasih abang long.
4/10/10 Isnin
Hari ni abang long tinggal sorang kat umah opah. Adik Amna & adik Naili dah duk taska...sian along x de dah penyeri yang boleh wat along terkejut. tak tau la keadaan adik2 macam mana ye abang long, ibu risau juga. Kalau duk ngan along boleh along tengok2 kan. Abang long doakan adik serasi ngan taska 2.
27/9/10 Isnin
Haziq @ juga dipanggil abang long oleh adik2 nya & kami, perkembangannya semakin bagus, asyik meniarap saje. Lepas ni nak train abang long maju ke depan @ pegang benda. Tapi sawan memang susah nak hilangkan. Masa raya hari tu saya bawa abang long & adik2 pulang ke kampung di Klang, ada satu malam jiran buat rumah terbuka & main mercun berjam2. Sian abang long terperanjat2 dia sampai sawan. Nak buat macam mana kan...jiran tu bukan tau keadaan abang long. Lagipun biasanya kan abang long tak de kat rumah.
Adik2 nya pun saya pesan jangan menjerit @ buat bunyi yang kuat dekat dengan abang long nanti abang long terperanjat dan kena sawan. Tapi budak2 bila dah main sama2 tu tak ingat dunia... lari sana sini, lompat sana sini, tutup pintu buka pintu, ketuk sana sini. Kesian abang long tak dapt join sama. Tapi bukan nak katalah...abang long pun akan gelak sama kalau adik2nya 4 orang perempuan tu main dekat2 dengan dia. Suara abang long gelak lebih kuat dari adik2nya yang tengah main.
Jaga abang long senang je..pepagi bagi mandi kasih bersih & hensem, pastu suap sarapan. abang long akan main sorang2 sampai dia lapa balik tengahari. Lepas tu tengahari suap makan, kalau abang long buang air besar ...tukarlah lampin dia. Karang petang mandikan dia kasi bersih & hensem lagi. Pastu suap makan petang @ malam. Ha... sampai ke pagilah dia senya. Silap2 kalau kenyang sangat jam 8 malam abang long dah tido dah. Kalau adik dia buat bising pun dia dah tak jaga dah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan